Berita Harian

UPKO tegas mahu Mykad di Sabah ditarik balik

-

Kota Kinabalu: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) mengulangi pendirian parti itu mengenai keperluan menarik balik Mykad di Sabah bagi membersihk­an PATI yang memiliki kad pengenalan secara salah.

Presidenny­a, Datuk Seri Madius Tangau, berkata beliau berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 9 Oktober lalu dan UPKO tegas dengan saranan yang terkandung dalam Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah sebelum ini, dilaksanak­an.

Katanya, penyelesai­an tuntas isu PATI adalah objektif UPKO dan tetap berpendiri­an saranan RCI supaya penarikan balik semua kad pengenalan Malaysia di Sabah dan proses pemberian kad pengenalan baharu dilakukan setelah proses siasatan dan pembuktian mengikut Perlembaga­an dan Undang-undang.

Hadap ke muka pengadilan

“UPKO juga mahu mereka yang mengkhiana­ti rakyat Sabah dan Malaysia dengan memberi Mykad kepada mereka yang tidak layak supaya dihadapkan ke muka pengadilan. Saya yakin kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutua­n komited membetulka­n situasi ini.

“UPKO juga mendesak pemberian dan pembaharua­n dokumen IMM13 dihentikan serta-merta. Tiada sebab lagi kenapa ia diberi kepada sesiapapun sebab tiada lagi individu berstatus pelarian di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidanga­n Perwakilan Tritahunan UPKO ke-15 yang disempurna­kan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, semalam.

Sempena persidanga­n kali ini yang turut membabitka­n pemilihan parti, Madius yang memangku jawatan presiden, dipilih secara rasmi mengetuai UPKO selepas menang tanpa bertanding.

UPKO juga mahu mereka yang mengkhiana­ti rakyat Sabah dan Malaysia dengan memberi Mykad kepada mereka yang tidak layak supaya dihadapkan ke muka pengadilan” Madius Tangau, Presiden UPKO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia