Berita Harian

JURANG GOLONGAN KAYA, MISKIN MENINGKAT: INSTITUT PENYELIDIK­AN KHAZANAH

Institut Penyelidik­an Khazanah sedia laporan

- Oleh Bisnes NSTP

Isi rumah di Malaysia kini berkeduduk­an lebih baik berbanding generasi sebelumnya, namun masih ada jurang dari segi pendapatan dan pekerjaan yang perlu diatasi, demikian menurut Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza.

Laporan yang disediakan oleh Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) itu, menonjolka­n perbezaan antara pendapatan isi rumah dari segi lokasi geografi, perbelanja­an dan ketidaksam­aan.

Berdasarka­n agihan pendapatan isi rumah pada 2016, isi rumah M40 ditakrifka­n sebagai golongan yang berpendapa­tan antara RM4,360 dan RM9,619.

Bagaimanap­un, ambang pendapatan itu pada peringkat negeri adalah berbeza ketara.

“Isi rumah T20 di Kelantan, Perlis atau Pahang mungkin menjadi isi rumah B40 di Kuala Lumpur. Isi rumah responden di Melaka, Johor dan Pulau Pinang lebih hampir dengan purata nasional.

“Perbezaan pendapatan isi rumah di negeri juga boleh dijelaskan oleh faktor urbanisasi dan pendidikan. Isi rumah bandar memperoleh lebih daripada isi rumah luar bandar, dan isi rumah yang ketuanya mempunyai pendidikan serta tahap kemahiran lebih tinggi mempunyai pendapatan isi rumah lebih tinggi,” kata laporan itu.

Selain itu, isi rumah berpendapa­tan lebih rendah berbelanja melebihi pendapatan mereka secara tidak seimbang.

Isi rumah berpendapa­tan di bawah RM2,000 membelanja­kan hampir 95 peratus pendapatan mereka.

Selepas dikeluarka­n kesan inflasi, isi rumah berpendapa­tan di bawah RM5,000 kurang berbelanja untuk makanan, selain rekreasi dan khidmat budaya, kata laporan itu.

Jurang antara kaya, miskin

KRI berkata, jurang antara kaya dan miskin masih boleh meningkat, walaupun petunjuk ketidaksam­aan relatif sedang mengecil.

Perbezaan pendapatan purata antara isi rumah T20 dan M40/B40 adalah hampir dua kali ganda, berbanding dua dekad lalu.

“Semakin ramai orang boleh menjadi miskin walaupun kadar kemiskinan sedang berkuranga­n. Lebih daripada sejuta isi rumah hidup dalam ‘kemiskinan relatif’ berbanding dua dekad lalu,” kata KRI.

Kemiskinan relatif merujuk kepada jumlah isi rumah yang hidup di bawah 60 peratus pendapatan penengah isi rumah.

Penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan, bagaimanap­un, meningkat sejak 2010 dan

golongan itu kekal lebih lama dalam pasaran.

Satu pertiga kenaikan dalam pasaran tenaga kerja wanita antara 2010 dan 2016 adalah disumbangk­an oleh bekerja sendiri.

Bagaimanap­un, jurang kadar penyertaan pasaran tenaga kerja (LFPR) antara lelaki dan wanita kekal besar berbanding negara lain.

KRI menjelaska­n ini adalah disebabkan oleh tuntutan kerja di rumah, yang menyebabka­n 2.6 juta wanita berada di luar pasaran tenaga kerja berbanding 70,000 lelaki.

Sejumlah besar wanita di luar pasaran tenaga kerja kebanyakan­nya berpendidi­kan dan pada usia bekerja puncak, tambahnya.

Sementara itu, jumlah pekerja asing meningkat dengan pertanian, pembinaan dan pembuatan adalah sektor paling berintensi­fkan pekerja asing.

Laporan itu berkata, masalah terbesar adalah ketidakpad­anan bekalan dan permintaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia