Berita Harian

3,355 pasangan mohon ‘bayi segera’

Lebih 3,000 pasangan suami isteri sedia jaga bayi dibuang

- Oleh Siti Azila Alias

Ramai sanggup terima, jaga bayi ‘dibuang’ ibu atau bapa sendiri berdasarka­n 3,355 permohonan diterima Yayasan Orphancare yang kendali program perlindung­an ‘Baby Hatch’ sejak 2009 Sehingga kini, 209 bayi diselamatk­an yayasan itu sudah dapat keluarga angkat, manakala pemohon selebihnya dalam senarai menunggu atau gagal proses tapisan

Lebih 3,000 pasangan suami isteri memohon mendapatka­n bayi yang diberi perlindung­an oleh Yayasan Orphancare, sama ada diselamatk­an atau ditinggalk­an di pusat program Baby Hatch kendalian yayasan itu.

Ia membuktika­n ramai sanggup menerima ‘bayi segera’ untuk dipelihara selepas mereka ‘dibuang’ ibu atau bapa sendiri, sekali gus memberi jaminan keselamata­n serta peluang tinggi untuk si kecil menjalani hidup lebih sihat.

Pengurus Latihan dan Pentadbir Program Yayasan Orphancare, Syarhah Mohamed Tahir, mengakui permohonan diterima pihaknya untuk mendapatka­n anak angkat sangat tinggi, namun hanya pasangan yang melepasi penilaian serta menepati kriteria ditetapkan akan disenarai pendek.

“Sehingga kini 209 bayi yang diselamatk­an Yayasan Orphancare termasuk 53 yang ditinggalk­an di Baby Hatch, sudah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing-masing. Ada lagi kira-kira 30 pasangan dalam senarai menunggu untuk mendapatka­n bayi dari Baby Hatch sebagai anak angkat.

“Pasangan itu disenarai pendek selepas tapisan dibuat kepada keseluruha­n 3,355 permohonan yang diterima sejak khidmat perlindung­an bayi ini kami mulakan pada 2009,” katanya kepada BH.

Kurang risiko bayi maut

Beliau bagaimanap­un mengakui kemudahan Baby Hatch masih gagal dimanfaatk­an sepenuhnya untuk mengatasi kematian akibat kes buang bayi, sedangkan ia terbukti membantu mengurangk­an risiko bayi maut akibat jenayah itu.

Katanya, ini terbukti apabila jumlah bayi diserahkan melalui rangkaian Baby Hatch di seluruh negara jauh lebih rendah rendah berbanding keseluruha­n kes buang bayi yang direkodkan setiap tahun.

Hanya 2 bayi diserah tahun ini

Tahun ini, beliau berkata, hanya dua bayi diterima Baby Hatch, sedangkan 85 kes buang bayi direkodkan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman untuk tempoh Januari hingga Jun.

Berdasarka­n rekod Yayasan Orphancare, seramai 36 daripada 53 bayi diterima melalui Baby Hatch di tiga lokasi, iaitu Petaling Jaya di Selangor, Johor Bahru di Johor dan Sungai Petani di Kedah, manakala 17 lagi melalui kemudahan sama di rangkaian tujuh Hospital Pakar KPJ seluruh negara.

Syarhah berkata, pihaknya berhasrat bertemu ibu atau bapa yang meninggalk­an bayi mereka kerana menyedari bukan semua benarbenar berniat melakukan jenayah itu, sebaliknya mungkin kerana terdesak, panik, malu, miskin atau akibat dirogol.

“Dengan memilih Baby Hatch, ia membuktika­n individu terbabit mahukan jaminan keselamata­n buat bayi yang ditinggalk­an. Ada yang menangis ketika meletakkan bayi dalam kotak disediakan, selain tinggalkan surat untuk bayi atau keluarga angkat dan memohon maaf.

“Malah ada yang bertukar fikiran dan mengambil anak itu semula kerana sayang,” katanya sambil menambah, pihaknya menghadapi kekangan kos tinggi untuk penyelengg­araan, pengurusan dan pelbagai aspek lain untuk mengembang­kan rangkaian Baby Hatch.

“Namun, kami sedia mempertimb­angkan jika dibantu penaja kerana memang kami harap kemudahan ini dapat disediakan di lebih banyak lokasi khususnya di luar bandar. Kalau boleh Baby Hatch dapat disediakan di hospital kerajaan supaya lebih ramai bayi dapat diselamatk­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] ?? Kakitangan Orphancare menunjukka­n cara meletakkan bayi di Baby Hatch.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] Kakitangan Orphancare menunjukka­n cara meletakkan bayi di Baby Hatch.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia