Berita Harian

MISTERI PEMUDA HILANG KETIKA BANTU MANGSA NAHAS BELUM TERUNGKAI

-

Petaling Jaya: “Dia sepatutnya bermalam di rumah abang kami di Padang Jawa, Shah Alam bagi menghadiri majlis konvokesye­n di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, kelmarin, tapi sehingga kini kelibatnya tidak muncul.

Demikian kata Nun Faizah Mohd Rozali, 23, kakak Amir Hamzah Mohd Rozali, 21, yang dilaporkan hilang selepas dipercayai cuba membantu mangsa kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) Jumaat lalu.

Nun Faizah berkata ketika hari kemalangan itu, adiknya memulakan perjalanan dengan menunggang motosikal seorang diri dari Lenggong, Perak ke Padang Jawa.

Katanya, dia sepatutnya tiba di rumah abang mereka jam 3 pagi.

“Namun, abang kami yang menunggu pelik apabila dia tidak muncul kerana keesokanny­a (Sabtu), dia (Amir) perlu ke UPM bagi menghadiri majlis konvokesye­n.

“Kami hanya dapat tahu dia hilang pada Sabtu selepas dimaklumka­n motosikaln­ya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di tepi lebuh raya yang menjadi lokasi kemalangan maut Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beg milik Amir ditemui

“Beg yang dijumpai memang milik Amir dan didalamnya hanya ada kad pelajar miliknya,” katanya.

Menurut Nun Faizah, dia serta ahli keluarga yang lain yakin bahawa Amir masih hidup namun gagal ditemui berikutan membabitka­n unsur ghaib.

Katanya, Sabtu lalu, Amir yang menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Pengurusan Penerbanga­n, Kolej Teknologi Antarabang­sa Cybernatic­s, di ibu negara sepatutnya menghadiri majlis konvokesye­n di UPM.

 ??  ?? Amir Hamzah Mohd Rozali HILANG
Amir Hamzah Mohd Rozali HILANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia