Berita Harian

RINA TAK SETUJU DENGAN GUAN ENG

ISU TERIMA GELARAN KEBESARAN

- Oleh Khairul Azran Hussin

Pemimpin kanan DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berbeza pandangan dengan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, berhubung isu penerimaan anugerah darjah, bintang atau pingat kebesaran.

Chang Khim yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor, berkata DAP Pusat perlu mewujudkan peraturan atau dasar jelas, berhubung isu itu kerana sepanjang pengetahua­nnya, tidak ada larangan kepada pemimpin parti itu untuk menerima anugerah berkenaan.

“Tidak ada larangan (terima darjah kebesaran). Belum ada dasar parti menjurus ke arah itu. Mungkin ada sedikit salah faham dan setahu saya, DAP tidak melarang pemimpin (terima darjah kebesaran).

Kena ada dasar bertulis

“Sebab itu, kena ada dasar bertulis berhubung isu ini yang akan dijadikan panduan kepada semua pemimpin DAP pada masa depan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Chang Khim yang dikurniaka­n darjah Kebesaran Datuk Paduka

Teng Chang Khim, Naib Pengerusi DAP Selangor

Mahkota Selangor (DPMS) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada 2010, berkata parti itu perlu mewujudkan peraturan atau dasar baharu yang lebih jelas berhubung isu itu demi kebaikan semua pihak.

Beliau yang juga EXCO Pelaburan, Perindustr­ian, Perdaganga­n dan Pengangkut­an, bagaimanap­un enggan mengulas lanjut sama ada memaklumka­n kepada pemimpin tertinggi DAP ketika ditawarkan anugerah DPMS sebelum ini.

“Seperti saya katakan tadi, parti kena ada dasar jelas atau bertulis dalam isu ini. Jika kita tidak mahu terima darjah kebesaran, ia kena dibuat secara sopan.

“Sudah tentu masing-masing ada pendapat tersendiri mengenai isu ini. Walau apapun, sama ada terima atau tidak, ia kena dilakukan secara terhormat.

“Apapun Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan membincang­kan isu ini nanti,” katanya.

Teguran Guan Eng

Sebelum ini, Guan Eng membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada kerajaan Melaka serta Sabah baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan pemimpin berkenaan tidak mencermink­an semangat perjuangan sebenar parti itu, sekali gus memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan.

Beliau berkata, CEC DAP akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincang­kan perkara itu kerana penjelasan diberikan sebelum ini tidak dapat diterima.

Parti kena ada dasar jelas atau bertulis dalam isu ini. Jika kita tidak mahu terima darjah kebesaran, ia kena dibuat secara sopan”

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia