Berita Harian

Tindakan dibimbangi ganggu tugas polis

-

Kuala Lumpur: Pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan kajian menyeluruh kerana ia mungkin mengganggu tugas agensi keselamata­n seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Unit Undang-undang UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ini kerana pemansuhan itu dikhuatiri menjadi ‘galakan’ kepada penjenayah untuk terus bergeluman­g dalam kegiatan jenayah.

“Kita kena buat kajian yang betul dan menyeluruh dengan mengambil kira pandangan agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), PDRM dan Jabatan Penjara, kalau hendak menjadikan hukuman itu sebagai satu pencegahan.

“Soal ada bantahan daripada agensi keselamata­n itu saya rasa mereka melihatnya sebagai satu gangguan kepada mereka untuk menjalanka­n tugas. Seolah-olah galakkan (melakukan jenayah) jika dimansuhka­n,” katanya kepada NSTP di lobi Parlimen semalam.

Ambil kira tahap kesalahan

Presiden Majlis Peguam, George Varughese, berkata mahkamah perlu mengambil kira tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan pesalah, sebelum menggantik­an hukuman mati kepada penjara seumur hidup.tindakan itu perlu diambil bagi memastikan hukuman yang dijatuhkan adalah adil dan efektif.

Beliau berkata, bagi menggantik­an hukuman mati kepada penjara seumur hidup, kesalahan yang dilakukan tertuduh haruslah setimpal.

“Malah mahkamah juga perlu mengambil kira faktor mitigasi dalam setiap kes antaranya umur pesalah, rekod lampau, peranan yang dimainkan, kerjasama diberi dan keinsafan tertuduh.

“Hanya selepas mengambil kira semua faktor mitigasi tertuduh, baru hukuman yang dijatuhkan adalah adil dan efektif,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Majlis Peguam dari dulu secara konsisten menzahirka­n hasrat menuntut pemansuhan pelaksanaa­n hukuman mati dan digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Pengamal undang-undang, Datuk Hariharan Tara Singh, turut menyokong pemansuhan hukuman mati dan digantikan dengan penjara minimum 30 tahun.

Beliau berkata, berdasarka­n pertimbang­an asas, seseorang yang sudah menjalani hukuman penjara 30 tahun, berkemungk­inan tidak akan mengulangi kesalahann­ya disebabkan faktor usia.

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berpendapa­t perlu ada mekanisme terbaik dalam mengenakan hukuman kepada pesalah membabitka­n kes pengedaran dadah untuk mencegah kegiatan itu.

Beliau berkata, apa saja hukuman yang hendak dilaksanak­an, harus mampu mengekang kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia