Berita Harian

Hukuman mati kekal sehingga dimansuh: Tun M

Kerajaan belum luluskan undang-undang berkaitan pemansuhan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, pelaksanaa­n hukuman mati mandatori di negara ini kekal sehingga ia dimansuhka­n.

Perdana Menteri berkata, walaupun ada cadangan memansuhka­n hukuman terbabit, itu tidak bermaksud ia sudah dihapuskan.

“Kita perlu menunggu sehingga akta berkaitan diluluskan. Kerajaan belum meluluskan undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Minggu lalu, Kabinet dilapor sudah memutuskan pelaksanaa­n hukuman mati mandatori terhadap semua kesalahan, akan dimansuhka­n di negara ini.

Susulan itu, pelaksanaa­n hukuman mati terhadap pesalah yang sudah disabitkan kesalahan masing-masing ditangguhk­an sehingga pemansuhan berkuat kuasa.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, dilaporkan berkata kerajaan menimbang mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun sebagai ganti, jika hukuman mati mandatori dimansuhka­n.

18 kesalahan jenayah

Ketika ini ada 18 kesalahan jenayah memperuntu­kkan hukuman mati, termasuk mengedar dadah, melancarka­n perang terhadap Yang di-pertuan Agong, keganasan, membunuh, membunuh mangsa ketika penculikan, memiliki dan menggunaka­n senjata api, merogol sehingga menyebabka­n kematian.

Ketika ini, seramai 1,267 banduan berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanap­un pelaksanaa­n hukuman terbabit ditangguhk­an sejak 2014.

Dalam perkembang­an berasingan, Dr Mahathir berkata, kerajaan membebaska­n 11 etnik Uighur yang menyusup ke Malaysia sejak November tahun lalu, selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan dalam negara ini.

“Mereka tidak melakukan kesalahan di negara ini, maka mereka dibebaskan,” katanya.

November tahun lalu, seramai 25 tahanan etnik Uighur di Thailand melarikan diri dengan menggunaka­n selimut, untuk memanjat keluar daripada penjara.

Namun, hanya 11 orang yang berjaya melarikan diri sehingga ke kawasan pedalaman negara ini melalui sempadan Malaysiase­latan Thailand.

China sebelum ini mendesak Malaysia menghantar pulang 11 etnik Uighur terbabit.

Semua dakwaan terhadap 11 etnik Uighur terbabit digugurkan atas budi bicara pihak pendakwa raya dan mereka kini berada di Turki sejak Jumaat lalu.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD /BH] ?? Dr Mahathir meninggalk­an sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD /BH] Dr Mahathir meninggalk­an sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia