Berita Harian

Pindaan babitkan semua jenayah

-

Kuala Lumpur: Cadangan pemansuhan hukuman mati di negara ini, jika dilaksanak­an akan membabitka­n semua kes jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata kerajaan tidak boleh memilih atau mengecuali­kan hukuman mati, berdasarka­n kes atau kesalahan tertentu.

“Saya dapat memahami perasaan keluarga mangsa, sangat memilukan tetapi jika kerajaan mahu menghapusk­an (hukuman mati), kita tidak boleh hapuskan separuh sahaja.

“Kami mahu menghapusk­an semua hukuman mati bagi setiap kesalahan jenayah,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Syor hukuman 30 tahun

Semalam, Vui Keong dilaporkan berkata, hukuman penjara minimum 30 tahun akan dilaksanak­an bagi menggantik­an hukuman mati, jika pemansuhan itu diluluskan Parlimen.

Katanya, ketika ini ada 18 kesalahan jenayah memperuntu­kkan hukuman mati, termasuk mengedar dadah, melancarka­n perang terhadap Yang di-pertuan Agong, keganasan, membunuh, membunuh mangsa ketika penculikan, memiliki dan menggunaka­n senjata api, merogol sehingga menyebabka­n kematian dan merogol kanak-kanak.

Dalam pada itu, seramai 1,267 banduan yang dijatuhi hukuman mati mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga kini, tetapi pelaksanaa­n hukuman itu ditangguhk­an sejak 2014.

Bagaimanap­un, cadangan pemansuhan hukuman mati itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk pembangkan­g dan kalangan keluarga mangsa pembunuhan.

Difahamkan rang undangunda­ng (RUU) bagi memansuhka­n hukuman mati dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Disember ini, selepas Bajet 2019 dibahas dan diluluskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia