Berita Harian

Tindakan jika gagal sediakan persekitar­an kerja selamat

-

Kuala Lumpur: Majikan serta kontraktor kepada pekerja warga Bangladesh yang terjatuh dari siling sebuah hotel lima bintang di Jalan Stesen Sentral di sini, kelmarin boleh dikenakan tindakan undangunda­ng jika didapati gagal menyediaka­n persekitar­an pekerjaan yang selamat

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihak berkenaan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM50,000 mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

Katanya, majikan juga bertanggun­gjawab menyediaka­n latihan dan peralatan perlindung­an diri (PPE) dan pekerja pula wajib menggunaka­nnya.

Majikan perlu patuh peraturan

“Mereka juga perlu patuh Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamata­n, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 serta mengikuti Garis Panduan Mengelak Terjatuh di Tempat Kerja, yang dikeluarka­n Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) pada 2007.

“Jika mereka melaksanak­an Perkara 12 dalam Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamata­n, Kesihatan dan Kebajikan) 1970, keselamata­n pekerja yang bekerja pada ketinggian lebih 10 kaki boleh dipelihara, dengan menyediaka­n tali dan abah-abah.

“Pihak yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu juga boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi kelmarin, seorang pekerja warga Bangladesh cedera di kepala, selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika melakukan kerja baik pulih pendawaian elektrik di bahagian atas siling plaster di ruang lobi hotel terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia