Berita Harian

Pelancong China susut di seluruh dunia

PM nafi jumlah kurang bukan disebabkan pembatalan pelbagai projek

-

Laporan B Suresh Ram, Anwar Patho Rohman, Manirajan Ramasamy, Hidir Reduan dan Luqman Arif Abdul Karim

Penyusutan kadar kemasukan pelancong China bukan disebabkan pembatalan pelbagai projek dan konsesi dimeterai antara pentadbira­n terdahulu dengan republik itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, penguranga­n kadar kemasukan pelancong China itu tidak hanya berlaku Malaysia, sebaliknya di seluruh dunia.

“Pelancong China memang berkuranga­n, bukan sahaja di Malaysia, tapi negara lain. Pada masa cuti nasional mereka, memang ramai rakyat China akan melancong ke luar negara, tetapi ada juga melancong dalam negara mereka.

“Kita dapati, untuk tempoh 1 hingga 7 Oktober ini, kadar kemasukan mereka berkuranga­n, tetapi kerajaan percaya perangkaan itu akan bertambah seperti biasa kelak,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH Dap-bukit Bintang) mengenai kemungkina­n penyusutan kemasukan pelancong China, berkadar 30 peratus berbanding tahun lalu berpunca daripada sentimen tidak puas hati terhadap kerajaan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN MCAAyer Hitam) berhubung langkah kerajaan menangani penularan persepsi negatif dalam kalangan pelancong China, Dr Mahathir berkata penyumbang utama masalah itu lebih berkisar kepada isu pengeluara­n visa di republik berkenaan.

“Memang pelancong perlu bayar visa dan sebagainya, tetapi ia dilaksanak­an di China sendiri dan ketika ini ada kekurangan, justeru khidmat berkenaan perlu diperbaiki.

Perubahan fenomena biasa

“Kita akan tentukan harga yang perlu dibayar supaya tidak terlalu tinggi, selain menjamin supaya pengeluara­n visa dilakukan dengan lebih cepat.

“Perubahan kadar kemasukan pelancong ialah fenomena biasa, oleh itu, kita akan mengatasin­ya

Pelancong China memang berkuranga­n, bukan sahaja di Malaysia, tapi negara lain. Pada masa cuti nasional mereka, memang ramai rakyat China akan melancong ke luar negara, tetapi ada juga melancong dalam negara mereka” Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

supaya lebih ramai akan datang ke Malaysia,” katanya.

Menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN Umno-ketereh) mengenai pendirian negara terhadap perang perdaganga­n, Dr Mahathir berkata Malaysia mengambil pendekatan berkecuali dalam mencetuska­n sebarang bibit peperangan.

Bagaimanap­un, katanya, kesan daripada perang perdaganga­n antara dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China itu dijangka memberi manfaat kepada Malaysia.

“Malaysia menerusi pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak campur tangan dalam apa jenis peperangan sama sekali, namun sehingga kini tiada kesan ketara.

“Kita masih terus kekalkan hubungan baik dengan AS dan China, jika ada kesan, mungkin ia dengan cara pemindahan pelaburan AS dari China ke Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia