Berita Harian

Hasil kerajaan kurang RM21 bilion selepas SST

-

Kuala Lumpur: Hasil kerajaan berkurang RM21 bilion tahun ini apabila melaksanak­an semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada 1 September lalu bagi menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata anggaran kutipan SST tahun ini untuk tempoh September hingga Disember 2018 adalah RM4 bilion.

“Oleh itu, kehilangan hasil cukai berasaskan kepengguna­an bersih berjumlah RM17 bilion bagi 2018,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-UMNO Bera) mengenai jumlah penguranga­n hasil pendapatan kerajaan apabila GST dihapuskan serta strategi kerajaan untuk menampung semula kekurangan hasil pendapatan itu.

Guan Eng berkata, sebahagian daripada penguranga­n kutipan GST itu akan diimbangi tambahan hasil berkaitan petroleum yang dijangka berjumlah RM5.4 bilion berikutan peningkata­n harga minyak mentah purata kepada AS$70 setong (Brent) berbanding andaian AS$52 setong yang diguna pakai dalam Bajet 2018.

Selain itu, katanya, ada tambahan dividen yang dianggar sebanyak RM5 bilion daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Petronas dan Khazanah Nasional Bhd.

“Tambahan dividen ini selaras dengan peningkata­n harga minyak mentah dunia pada 2018 berbanding andaian yang digunakan dalam Bajet 2018,” katanya.

Meskipun harga minyak mentah dunia berada sekitar AS$70 setong, Guan Eng berkata, peratusan hasil berkaitan petroleum kepada keluaran dalam negara kasar hanyalah sekitar 3.3 peratus berbanding 9.2 peratus pada 2009, di mana pada tahun itu harga minyak mentah dunia adalah AS$62 setong.

“Ini menunjukka­n kerajaan sudah mengurangk­an kebergantu­ngan kepada hasil berkaitan petroleum,” katanya.

Teroka sumber hasil baharu

Beliau berkata, antara langkah lain bagi meningkatk­an hasil kerajaan Persekutua­n adalah menerusi aktiviti audit dan siasatan berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi meningkatk­an pematuhan cukai dan mengurangk­an jurang cukai.

Katanya, kerajaan juga akan meneroka sumber hasil baharu, terutama daripada aktiviti transaksi atas talian dan menyemak semula insentif cukai bagi memastikan impak yang minimum kepada penguranga­n hasil namun menjana aktiviti ekonomi.

“Kerajaan juga melaksanak­an langkah rasionalis­asi perbelanja­an dengan menyusun semula keutamaan perbelanja­an serta mengkaji, menangguh dan merunding semula projek berkos tinggi.

Rasionalis­asi fungsi jabatan

“Kerajaan turut merasional­isasikan fungsi jabatan, program dan projek bagi mengelak pertindiha­n serta meningkatk­an tadbir urus perolehan supaya lebih cekap dan telus,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH DAP-KOTA Melaka) berhubung aspek penjimatan kerajaan menerusi semakan semula beberapa projek, Guan Eng berkata, bukan semua pembanguna­n kemudahan untuk manfaat rakyat dibatalkan.

Beliau menjelaska­n, langkah pembatalan atau semakan semula hanya tertakluk kepada projek mega yang kosnya tidak mampu ditanggung kerajaan susulan pemindahan bebanan hutang melampau Guan Eng bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. oleh pentadbira­n terdahulu.

“Projek biasa akan diteruskan tetapi mengikut kaedah baharu, iaitu sistem tender terbuka, tetapi kita akan minta pertimbang­an penguranga­n kos daripada kontraktor.

“Hal ini kerana kita tahu projek sebelum ini dijalankan secara rundingan terus, membabitka­n (kepentinga­n) kroni pihak tertentu,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ??
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia