Berita Harian

Segera heret Myanmar ke ICC

- Dari MUKA SEPULUH

Kira-kira setahun lalu pada 22 September 2017, Tribunal Awam Tetap Mengenai Kekejaman Myanmar terhadap Rohingya, Kachin dan Etnik Minoriti Lain mendapati bahawa jenayah kemanusiaa­n dan genosid dilakukan di Myanmar.

Fakulti Undang-undang Universiti Malaya menerbitka­n prosiding penghakima­n di Kuala Lumpur itu, untuk pengetahua­n lebih meluas masyarakat awam dan antarabang­sa.

Tribunal berkenaan dianjurkan dengan kerjasama tiga organisasi masyarakat sivil di Malaysia, iaitu Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Internatio­nal Forum on Buddhist-muslim Relations - BMF serta Pusat Penyelidik­an dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

Sesi penutup tribunal diadakan di kemuncak kekejaman dan keganasan terburuk terhadap masyarakat awam Rohingya, yang dilancarka­n pada 25 Ogos 2017 oleh angkatan bersenjata Myanmar bersama militan tempatan. Serangan itu mengakibat­kan kekejaman dan tekanan berdekad lamanya ke atas masyarakat awam Rohingya.

Tribunal berkenaan mendengar keterangan saksi dari sudut yang lebih meluas dengan memberikan maklum balas terhadap masyarakat Kachin dan Muslim Myanmar, mendapati jenayah perang terus dilakukan ke atas kaum minoriti Kachin serta kekejaman terhadap ketiga-tiga kumpulan minoriti di Myanmar.

Tindakan genosid

Media massa, penyelidik dan agensi kemanusiaa­n di dunia memberikan laporan demi laporan yang memperkuku­h penghakima­n yang diasaskan oleh tribunal, bahawa tanda tindakan genosid terhadap Rohingya sudah wujud sejak 1978 lagi.

Dakwaan ini diperkukuh dalam beberapa siri laporan akademik dan undangunda­ng pada 2002, 2012 dan 2016. Namun, semua amaran berkenaan tidak diendahkan oleh majoriti komuniti antarabang­sa, dan proses pembunuhan beramai-ramai terus berlaku.

Bagaimanap­un, dalam menghadapi penghijrah­an beramai-ramai pada 2017, berikutan tindakan ketenteraa­n yang dirancang rejim Myanmar, realitinya tidak dapat dinafikan lagi, walaupun ramai yang enggan menyebutny­a dengan nama dan institusi yang berkemampu­an pula enggan mengambil tindakan.

Kerajaan Bangladesh yang merupakan negara yang padat penduduk serta terdedah kepada peristiwa iklim melampau, membuka pintu dan menggunaka­n sumber yang terbatas untuk membantu serta menyokong hampir sejuta pelarian Rohingya.

Namun, seperti diketahui umum, ia agak mustahil untuk bertahan terutama bagi jangka masa panjang. Ramai pemimpin dunia melawat kem pelarian yang bukan sahaja penuh kesengsara­an dan kesedihan, tetapi gagal memenuhi keperluan asas kemanusiaa­n pelarian.

Jenayah kemanusiaa­n

Baru-baru ini, pada 27 Ogos, Misi Bebas Pencarian Fakta PBB (IFFM) mendapati ‘jenayah terhadap kemanusiaa­n dilakukan di negeri Kachin, Rakhine dan Shan, terutamany­a oleh Tatmadaw’ dan mendesak ‘penyiasata­n dan pendakwaan’ supaya mahkamah boleh menentukan liabiliti mereka berhubung pembunuhan beramai-ramai di Rakhine. CENTHRA menyokong penuh hasil penemuan dan gesaan yang dikemukaka­n IFFM itu.

Justeru, CENTHRA menyeru masyarakat antarabang­sa untuk segera bertindak. Kita tidak boleh menerima sebarang bentuk pembunuhan beramai-ramai dilakukan pada zaman moden ini.

Rujukan ke Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) adalah tindak balas kehakiman minimum untuk memastikan akauntabil­iti yang sesuai, bagi pelaku dan mereka yang bertanggun­gjawab terhadap kekejaman yang dilakukan di Myanmar.

CENTHRA menyeru masyarakat antarabang­sa untuk segera bertindak. Kita tidak boleh menerima sebarang bentuk pembunuhan beramai-ramai dilakukan pada zaman moden ini”

Dalam konteks ini, langkah penting ke hadapan sudah diambil dalam keputusan oleh Pre-trial Chamber ICC I pada 6 September, bahawa mahkamah boleh menjalanka­n bidang kuasa atas dugaan pengusiran penduduk Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh, walaupun Myanmar bukan negara yang meratifika­si ICC Statut Rome dan dalam keputusan seterusnya pendakwa membuka penyiasata­n awal.

Hak asasi manusia

Inisiatif antarabang­sa sedemikian boleh disasarkan untuk diadakan di Rom, yang menjadi lokasi bersejarah ICC diisytihar­kan 20 tahun yang lalu, pada awal Disember ini.

Secara kebetulan, tarikh itu bersamaan dengan ulang tahun ke-70 Deklarasi PBB dan kelulusan Konvensyen Genosid.

CENTHRA melihat inisiatif sedemikian sebagai cara membina pergerakan antarabang­sa, yang diselarask­an berdasarka­n pemahaman tentang diagnosis asas iaitu:

Keadaan tragis di Myanmar menggambar­kan apa yang sedang berlaku pada masa ini dalam sejarah, bukan sahaja di negara berkenaan tetapi dalam begitu banyak sudut lain di dunia.

Kesukaran yang besar dan sering kali kegagalan undang-undang antarabang­sa untuk melindungi individu dari pelanggara­n serius, oleh negara seperti Myanmar.

Kelewatan tindakan masyarakat antarabang­sa dalam melaksanak­an perjuangan untuk menghormat­i hak asasi manusia.

CENTHRA melihat inisiatif sedemikian sebagai cara membina pergerakan antarabang­sa”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia