Berita Harian

Tangani krisis buang bayi

-

endedahan akhbar ini mengenai berleluasa­nya kes pembuangan bayi wajar membuka mata semua pihak.

Lebih memeranjat­kan lagi, tandas menjadi pilihan utama individu tidak bertanggun­gjawab membuang janin, diikuti tempat pembuangan sampah dan loji kumbahan.

Kita sering membaca laporan anggota badan bayi dikerat, bayi yang masih bertali pusat dicampak dari kenderaan dan rumah pangsa, digonggong anjing liar serta banyak lagi perbuatan di luar pemikiran manusia biasa.

Justeru, Malaysia antara negara memandang serius kes abai, buang dan bunuh bayi yang dikategori­kan sebagai jenayah. Hari ini punca pembuangan bayi rata-ratanya akibat pergaulan dan seks bebas. Justeru, bayi yang dilahirkan dibuang kononnya untuk menutup malu serta mengelak rahsia hubungan tanpa pernikahan ini terbongkar.

Dari segi Islam, masih belum terdapat hukuman berat yang dijatuhkan bagi kesalahan pembuangan bayi di bawah Enakmen Jenayah Syariah di negara ini.

Selaras perkembang­an zaman dan situasi masyarakat Islam, tiba masanya transforma­si perundanga­n syariah dilakukan dengan mengkaji semula dan memperting­katkan kadar hukuman pesalah syariah mengikut Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Hukuman paling tinggi boleh dikenakan terhadap pesalah khalwat, berzina atau bersekedud­ukan menurut Enakmen Jenayah Syariah negeri adalah denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau sebatan tidak lebih enam kali atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

Kurang didikan agama juga dikenal pasti antara menyumbang kepada anak muda hilang arah haluan dalam kehidupan sehingga terjerumus dalam gejala negatif seperti pergaulan bebas, menghisap dadah dan seks rambang.

Kementeria­n dan agensi berkaitan juga perlu melipat gandakan usaha dan menjalanka­n kempen kesedaran berkaitan gejala pembuangan bayi menerusi pelbagai platform.

Kita alu-alukan kesediaan kerajaan mengikut langkah Jepun dan Korea Selatan melarang akses internet untuk remaja bawah 17 tahun bermula jam 12 malam sehingga 6 pagi, antara langkah berkesan menangani kecenderun­gan anak muda kepada kandungan video tidak bermoral dan aplikasi media sosial lain yang tidak mengikut lunas agama serta nilai moral masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia