Berita Harian

Mangsa mengadu sakit perut, sembelit

Remaja minta izin ibu guna tandas di bilik utama

- Oleh Shaarani Ismail

Remaja 18 tahun yang ditemui meninggal dunia bersama bayi yang baru dilahirkan di dalam tandas rumahnya di Parit Buntar petang kelmarin mengadu sakit perut dan sembelit sebelum kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata remaja terbabit kemudian meminta kebenaran ibunya menggunaka­n tandas yang terletak di bilik tidur utama kira-kira jam 8.30 pagi.

Bagaimanap­un, katanya, selepas kira-kira 30 minit, ibunya memanggil mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik itu kerana mendapati dia berada terlalu lama di dalam tandas dan mangsa memberitah­u dia mengalami sembelit.

“Kira-kira jam 10 pagi, ibunya sekali lagi memanggil remaja terbabit dan dia sekali lagi menjawab masih belum selesai menggunaka­n tandas terbabit.

“Ibu dan adik bongsu mangsa berulang kali bertanyaka­n keadaan remaja terbabit dan menerima jawapan sama daripada mangsa sehinggala­h dia kemudian tidak memberikan sebarang reaksi kirakira jam 2 petang.

Terlihat objek dalam mangkuk tandas

“Berikutan itu, ibu mangsa kemudian memecahkan pintu tandas berkenaan dan mendapati mangsa tersandar di dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam keadaan pucat lesi berlumuran darah selain mendapati terdapat objek dan darah di dalam mangkuk tandas,” katanya di sini semalam.

Yahya berkata, ibu mangsa kemudian cuba mengejutka­nnya namun tiada sebarang tindak balas dan menghubung­i talian 999 meminta bantuan.

Pada masa sama, katanya, ibu remaja terbabit mengesan bahawa objek yang terdapat dalam mangkuk tandas berkenaan adalah bayi yang sudah tidak bergerak.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba di rumah mangsa kira-kira jam 2.45 petang kemudian mengesahka­n remaja itu dan bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

“Jenazah kedua-duanya kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, remaja berkenaan yang masih belum berkahwin dipercayai mengandung di luar pengetahua­n ahli keluargany­a yang tinggal bersama di rumah berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di HRPB mendapati waris mangsa mula tiba di pekarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 9.15 pagi bagi menuntut jenazah.

Mangsa dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Parit Buntar bersebelah­an Masjid Daerah Kerian petang semalam.

Ibu mangsa kemudian memecahkan pintu tandas dan mendapati mangsa tersandar di dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam keadaan pucat lesi berlumuran darah” Yahya Abd Rahman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia