Berita Harian

Tiga projek besar bakal dibangun di Port Dickson

-

Port Dickson: Kerajaan negeri bakal memeterai tiga projek besar di Port Dickson dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek, berkata projek berkenaan adalah yang terkandung dalam perancanga­n kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, projek itu juga mendapat persetujua­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan negeri akan berbincang dengan Ahli Parlimen Port Dickson yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenainy­a.

“Projek pertama berkenaan syarikat penerbanga­n Airbus di Bukit Pelandok, Chuah dan Dr Mahathir pada dasarnya setuju malah memberikan galakan kepada kerajaan negeri.

Perbincang­an dengan Airbus

“Perbincang­an dengan Airbus sudah dibuat dan sekarang dalam proses untuk Memorandum Persefaham­an (MOU),” katanya ketika merasmikan program Regional Students Product Exhibition (RESPEX) di Politeknik Port Dickson, semalam.

Dr Mohamad Rafie berkata projek kedua ialah hab maritim iaitu industri perkapalan atau perkhidmat­an kapal ke kapal.

“Setiap hari ada beratus kapal lalu di perairan kita dan sebelum ini kita tiada urusan perniagaan dengan mereka.

“Port Dickson sebagai destinasi pelanconga­n juga akan diperkasak­an melalui projek pelanconga­n kesihatan dan hab pendidikan,” katanya.

Katanya, kemenangan Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson akan lebih memudahkan pembanguna­n dibawa ke Port Dickson.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan kerjasama menjayakan­nya dan secara tidak langsung akan merancakka­n industri pelanconga­n di sini.

 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD /BH] ?? Mohamad Rafie (tengah) melancarka­n program RESPEX di Politeknik Port Dickson, semalam.
[FOTO HAZREEN MOHAMAD /BH] Mohamad Rafie (tengah) melancarka­n program RESPEX di Politeknik Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia