Berita Harian

Kem Dr Daroyah kuasai hampir semua pemilihan Cabang Kapar

-

Shah Alam: Kem calon Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi menguasai hampir keseluruha­n sesi pemilihan PKR Cabang Kapar yang diadakan kelmarin.

Difahamkan, bagi jawatan Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Naib Ketua Cabang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Ketua Wanita Cabang semuanya dimenangi oleh calon dari kem bekas EXCO Selangor berkenaan.

Dalam sesi pemilihan yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang itu, Dr Daroyah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa menewaskan lima lagi calon yang merebut jawatan Ketua Cabang PKR Kapar.

Dr Daroyah ternyata memperoleh sokongan hebat ahli akar umbi apabila memperoleh 1,678 undi, jauh meninggalk­an pencabarny­a iaitu Datuk Azizi Ayob yang meraih 833 undi.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang turut bertanding jawatan berkenaan hanya memperoleh 626 undi selain dua lagi calon lain itu Mohd Mohd Miftahhudi­n Abdullah serta Mohd Ali Mat Rasid masing-masing memperoleh 446 dan 71.

Usaha jadikan Cabang Kapar terbaik

Dr Daroyah berkata, beliau akan berusaha menjadikan PKR Cabang Kapar antara yang terbaik di Selangor.

“Ia adalah kemenangan kita semua, saya dah tunggu lama bagi memastikan cabang ini menjadi yang terbaik di Selangor, terima kasih kepada semua ahli cabang yang mengundi saya pada pemilihan kali ini,” katanya.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Cabang yang ditandingi enam calon pula dimenangi K Vasantha Kumar yang memperoleh 1,030 undi manakala Naib Ketua Cabang yang baharu adalah Go Boon Fock yang meraih 871 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita Cabang pula dimenangi oleh M Letchumy yang meraih 810 undi, jauh meninggalk­an calon di tempat kedua iaitu Dr Norfarahin Abdullah Sani yang memperoleh 266 undi.

Ia kemenangan kita semua, saya dah tunggu lama bagi memastikan cabang ini menjadi yang terbaik di Selangor, terima kasih kepada semua ahli cabang yang mengundi saya pada pemilihan kali ini” Dr Daroyah Alwi, Calon Timbalan Ketua Wanita PKR

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia