Berita Harian

Penetapan warna stoking pelajar masih dibincang

-

Petaling Jaya: Penetapan warna stoking pelajar sekolah akan diputuskan selepas perbincang­an dengan pihak berkepenti­ngan selesai, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

“Kementeria­n akan mengeluark­an kenyataan rasmi mengenainy­a selepas mencapai persetujua­n bersama dengan pihak yang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin, kelmarin yang mahu kementeria­n memberi penjelasan sama ada warna stoking putih oleh pelajar sekolah akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkua­saan pemakaian kasut hitam kelak.

Sabtu lalu, Kementeria­n Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pelaksanaa­n pemakaian kasut hitam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dikuatkuas­akan sepenuhnya pada tahun 2021.

Tak terjejas pembelajar­an

Sementara itu, mengenai lawatannya ke PPUM, Maszlee berkata kualiti perkhidmat­an perubatan PPUM kepada masyarakat adalah baik dan ia tidak menjejaska­n sesi pengajaran dan pembelajar­an pelajar di hospital pengajar universiti (HPU).

“Hari ini (semalam), saya turun padang dan melawat PPUM dan bertanya sendiri kepada doktor mengenai operasi harian hospital itu dan melihat sendiri bagaimana HPU ini beroperasi serta melihat perkhidmat­an diberikan kepada orang ramai di beberapa jabatan di PPUM ini.

“PPUM menawarkan perkhidmat­an setaraf dengan hospital swasta namun ia diketahui umum. Peranan HPU adalah untuk melatih para doktor yang baharu, ramai juga doktor dari hospital kerajaan menerima latihan di PPUM,” katanya.

Maszlee berkata, beliau akan melawat HPU di hospital lain selepas ini untuk mendapat maklumat mengenai sesi pengajaran dan pembelajar­an pelajar HPU.

Kementeria­n akan mengeluark­an kenyataan rasmi mengenainy­a selepas mencapai persetujua­n bersama dengan pihak yang berkaitan” Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia