Berita Harian

Pertanding­an 3 penjuru Presiden MCA

Tiong Lai sahkan tidak pertahan jawatan

- Oleh Nur Lela Zulkipli

Pemilihan jawatan Presiden MCA pada 4 November ini akan menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru.

Ketiga-tiga calon berkenaan adalah Pengerusi MCA Kluang, Gan Ping Sieu; Timbalan Presiden, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi MCA Beruas, Ngoo Teck Kiong.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahka­n tidak akan akan mempertaha­nkan jawatan beliau pada pemilihan parti kali ini.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong bakal bertemu Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, sebanyak sembilan calon akan mencuba nasib bagi jawatan naib presiden, iaitu Datuk Tan Teik Cheng, Datuk Seri Ti Lian Ker, Ooi Siew Kim, Ei Kim Hock, Lau Lee, Lim Chin Fui, Yew Teong Look, Tan Seong Lim dan Lim Ban Hong.

Pertanding­an Ketua Sayap Muda

Jawatan Ketua Sayap Muda MCA pula akan menyaksika­n pertanding­an dua calon iaitu Naib Ketua Sayap Muda, Nicole Wong Siaw Ting dan Ketua Biro Undang-undang Sayap Muda, Ng Kian Nam.

Jawatan Timbalan Presiden Sayap Muda pula menyaksika­n dua calon antara Tan Chee Hiong dan Kang Choo Nge.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie pula menang tanpa bertanding semalam.

Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Wanita, Wong You Fong.

Empat calon bakal bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita iaitu Wang Kim Lean; Nget Yoon Chiew; Chiew Hong Lan dan Pamela Yong.

Semua calon bagi jawatan berkenaan hadir pada majlis penamaan calon MCA yang berakhir pada jam 5 petang semalam di Wisma MCA.

 ??  ?? Wong You Fong
Wong You Fong
 ??  ?? Heng Seai Kie
Heng Seai Kie
 ??  ?? Mah Hang Soon
Mah Hang Soon
 ??  ?? Tee Siew Kiong
Tee Siew Kiong
 ??  ?? Wee Ka Siong
Wee Ka Siong
 ??  ?? Gan Ping Sieu
Gan Ping Sieu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia