Berita Harian

Pahang naik cukai Kumpulan Wang Pembanguna­n Hutan

-

Kuala Lumpur : Kerajaan Negeri Pahang akan menaikkan cukai Kumpulan Wang Pembanguna­n Hutan (KWPH) selepas 31 tahun tidak pernah disemak semula.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kajian kenaikan cukai itu yang kini berada pada peringkat akhir, dilihat bersesuaia­n jika dibandingk­en dengan negeri lain.

“Kajian ini pada peringkat akhir dan belum diputuskan secara muktamad, tetapi memang akan naik,” katanya yang tidak menyatakan kadar kenaikan itu.

Beliau ditemui pada sidang akhbar Majlis Menandatan­gani Per- janjian Projek Penghutana­n Semula Di Dalam Hutan Simpan Kekal antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Syarikat Landasan Erajaya Sdn Bhd di sini semalam.

Majlis disaksikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Kerajaan Pahang diwakili Wan Rosdy, manakala Pengarah Syarikat Landasan Erajaya Sdn Bhd diwakili Tengku Mohamed Syamil Tengku Mahamud@ Tengku Mahmod.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, projek berperingk­at itu, membabitka­n keluasan lebih 50,000 hektar.

Hutan Simpan Lesong perintis

Sebagai permulaan kawasan seluas 8,000 hektar di Hutan Simpan Lesong dijadikan sebagai perintis.

“Kawasan penanaman semula itu dilakukan di ‘hutan miskin’ iaitu kawasan yang balaknya sudah habis ditebang atau ‘dibalak’.

“Kawasan selebihnya akan dikenal pasti berperingk­at,” katanya.

Tengku Abdullah pada ucapan perasmian bertitah, projek itu diharap berupaya menangkis persepsi negatif sektor perhutanan negeri Pahang yang selalu dikaitkan dengan aktiviti pembalakan.

Titah beliau, ada usaha menjadikan Pahang sebagai negeri perhutanan utama di negara ini dengan mempergiat­kan aktiviti penghutana­n semula secara proaktif dan amalan pengurusan hutan secara lestari.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Tengku Abdullah diiringi Wan Rosdy (dua dari kiri) menyaksika­n Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Tengku Mohamed Syamil, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Tengku Abdullah diiringi Wan Rosdy (dua dari kiri) menyaksika­n Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Tengku Mohamed Syamil, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia