Berita Harian

Kementeria­n tubuh Jawatankua­sa khas

Diberi tempoh sebulan lengkap maklumat siasatan sebelum diserahkan ke JPA

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kementeria­n Kesihatan menubuhkan jawatankua­sa siasatan khas bagi melengkapk­an maklumat siasatan awal berhubung dakwaan salah laku seksual seorang ketua jabatan sebuah hospital di Lembah Klang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata jawatankua­sa itu ditubuhkan pada 24 September lalu susulan laporan siasatan dikeluarka­n badan siasatan bebas mengenai kes itu pada 18 September lalu.

Katanya, ia bagi mempertimb­angkan tindakan tatatertib yang wajar diambil ke atas ketua jabatan terbabit selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Jawatankua­sa siasatan ini diberikan tempoh sebulan iaitu dari 24 September hingga 23 Oktober ini untuk melengkapk­an siasatan sebelum laporan lengkap dihantar ke Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk pertimbang­an,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dakwaan salah laku

Beliau menjelaska­n badan siasatan bebas yang ditubuhkan sebelum ini bertujuan mengesahka­n dakwaan salah laku seksual seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 29 Julai lalu, selain untuk mengenal pasti tahap keseriusan laporan berkenaan.

Badan siasatan bebas itu menggabung­kan pegawai Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan.

Pada 29 Julai lalu, laporan muka depan akhbar berbahasa Inggeris itu menyebut ada seorang ketua jabatan di sebuah hospital awam di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.

Sementara itu, pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan kementeria­nnya di sini, Dr Dzulkefly berkata, seramai 34 individu mengemukak­an aduan berhubung kes itu dalam 31 sesi.

“Laporan itu hasil pendengara­n aduan saja tetapi melalui Jawatankua­sa Siasatan Khas, kita akan mendengar lebih terperinci mengenai aduan oleh individu yang dikenal pasti dalam satu siasatan sebenar.

“Pada akhirnya, kita akan serahkan kepada JPA, Majlis Perubatan Malaysia dan agensi penguatkua­saan lain,” katanya.

Ia bagi mempertimb­angkan tindakan tatatertib yang wajar diambil ke atas ketua jabatan terbabit selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993” Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? Dr Dzulkefly bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min pada majlis Perjumpaan Bulanan Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] Dr Dzulkefly bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min pada majlis Perjumpaan Bulanan Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia