Berita Harian

Pastikan negara tak jadi tempat buang sisa tercemar

-

Putrajaya: Kerajaan menubuhkan Jawatankua­sa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang untuk memastikan Malaysia tidak menjadi tempat pembuangan bahan tercemar oleh syarikat dari negara lain.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata penubuhan jawatankua­sa itu diputuskan oleh mesyuarat Kabinet, pada Rabu lalu.

Katanya, kerajaan memutuskan supaya ahli jawatankua­sa itu terdiri daripada mereka yang tidak menyatakan pendirian secara terbuka, sama ada untuk menyokong atau membantah operasi Lynas sebelum ini.

“Ini bagi mengelakka­n mana-mana pihak mempersoal kredibilit­i jawatankua­sa ini disebabkan pendirian ahlinya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kementeria­n sudah meneliti keanggotaa­n jawatankua­sa itu dan berpandang­an mereka mempunyai kepakaran di bidang yang berkaitan iaitu pengurusan alam sekitar, kesihatan awam dan keselamata­n sinaran radioaktif.

Enam ahli jawatankua­sa

Enam ahli jawatankua­sa berkenaan ialah Felo Penyelidik Institut Alam Sekitar dan Pembanguna­n (Lestari), Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar; Profesor Pelawat United Nations University - Internatio­nal Institute for Global Health (UNU-IIGH), Prof Dr Jamal Hisham Hashim; Pengarah Unit Keselamata­n Pekerjaan, Kesihatan dan Alam Sekitar (OSHE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Maketab Mohamed.

Profesor Madya di Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Anita Abdul Rahman; Pengarah Pusat Kelestaria­n Sumber Bumi (ERAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Dr Muzamir Hasan dan bekas Pengarah Bahagian Udara dan Bahan Merbahaya, Jabatan Alam Sekitar, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Penilaian secara objektif

Bee Yin berkata jawatankua­sa itu bertanggun­gjawab menjalanka­n penilaian secara objektif, telus dan terbuka demi kepentinga­n semua pihak, di mana prosidingn­ya turut dibuka kepada orang awam sebagai pemerhati.

Katanya, matlamat penubuhan jawatankua­sa itu untuk menilai operasi LAMP termasuk aspek keselamata­n, kesihatan dan alam sekitar.

“Penilaian juga dibuat terhadap lanjutan tempoh masa untuk penstoran buangan terjadual, selaras dengan Peraturan 9, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Jawatankua­sa ini diberi tempoh masa enam minggu untuk menjalanka­n penilaian ini dan memberikan satu laporan berserta syor kepada kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia