Berita Harian

Pelajar tangguh pengajian jaga ibu hidap kanser

Siti S’adah tak mampu bergerak, perlu penjagaan rapi

- Oleh Zuliaty Zulkiffli

Seorang pelajar tahun pertama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bercadang menangguhk­an sementara pengajiann­ya kerana ingin menjaga ibunya yang menghidap kanser payudara tahap empat.

Mohd Khairul Adhar Mat Isa, 25, pelajar bidang al-quran dan Sunnah sanggup berbuat demikian kerana ibunya, Siti S’adah Hussain, 62, yang tidak mampu bergerak memerlukan penjagaan rapi.

Katanya, sudah menjadi rutin hariannya mencuci luka di payudara kiri ibunya serta mengelap seluruh badan serta menyuapkan susu khas melalui tiub saluran ke hidung.

Harap KUIS bagi kelonggara­n

“Kalau boleh saya hendak tangguhkan dahulu pengajian kerana mahu menjaga emak yang perlukan perhatian selepas dia tidak boleh bergerak. Inilah masa untuk saya membalas pengorbana­n ibu kerana dia tiada sesiapa kecuali abang saya berusia 35 tahun.

“Saya berharap KUIS dapat memberi kelonggara­n dan membenarka­n saya menangguhk­an sementara pengajian,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima kunjungan Pengasas Kanser Survivor Malaysia, Zuraini Kamal, yang turut menyampaik­an sumbangan susu dan lampin pakai buang untuk keperluan ibunya di rumahnya di Jalan Langgar di sini, semalam.

Mohd Khairul berkata, ibunya dikesan menghidap kanser payudara tahun lalu, apabila tangan dan kaki mempunyai

Kalau boleh saya hendak tangguhkan dahulu pengajian kerana mahu menjaga emak yang perlukan perhatian selepas dia tidak boleh bergerak” Mohd Khairul Adhar Mat Isa, Pelajar

masalah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Guna wang pencen arwah ayah

“Doktor mengesahka­n emak menghidap kanser, malah sel kanser sudah merebak ke otak menyebabka­n dia tidak mampu bergerak,” katanya.

Beliau berkata, seminggu sebelum Ramadan lalu, ibunya tidak boleh bangun selain hanya terlantar saja.

“Mujur ada duit pencen arwah ayah bagi menampung kehidupan kami ketika ini,” katanya.

Difahamkan, dengan wang pencen arwah bapanya dan bantuan zakat RM600 sebulan, Mohd Khairul menggunaka­nnya bagi membeli susu dan lampin pakai buang untuk ibunya.

Sementara itu, Zuraini berkata, pihaknya berharap supaya masyarakat sekeliling dapat membantu memberi sokongan moral kepada Mohd Khairul yang terpaksa bersendiri­an menjaga ibu yang terlantar sakit itu.

 ?? [FOTO ZULIATY ZULKIFLI /BH] ?? Zuraini (kiri) menyampaik­an sumbangan susu formula dan lampin pakai buang kepada Mohd Adhar untuk ibunya yang menghidap kanser payudara tahap empat.
[FOTO ZULIATY ZULKIFLI /BH] Zuraini (kiri) menyampaik­an sumbangan susu formula dan lampin pakai buang kepada Mohd Adhar untuk ibunya yang menghidap kanser payudara tahap empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia