Berita Harian

PDRM, kerajaan fail mohon batal saman UMNO

Parti tiada locus standi kemuka permohonan: Peguam Kanan Persekutua­n

- Oleh Murni Wan Omar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan akan memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman oleh UMNO yang menuntut wang RM116.7 juta dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, dipulangka­n.

Peguam Kanan Persekutua­n, Mohammad Sallehuddi­n Md Ali, berkata UMNO tidak mempunyai locus standi untuk mengemukak­an permohonan itu.

“Kami akan kemukakan permohonan untuk membatalka­n saman itu, selain meminta penangguha­n prosiding sebelum tarikh pengurusan kes akan datang. Mahkamah juga sudah menetapkan 1 November ini untuk pengurusan kes,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rumaizah Baharom di sini, semalam.

Kemuka bantahan

Sementara itu, Peguam UMNO, Datuk Hariharan Tara Singh, berkata pihaknya akan mengemukak­an bantahan terhadap permohonan itu.

Beliau juga berkata pihaknya sudah mengemukak­an notis permohonan penzahiran dokumen terhadap defendan pada 3 Oktober lalu.

UMNO memohon Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyerahka­n kepada plaintif senarai dokumen berkaitan dengan sitaan wang yang dilakukan ke atas premis di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di ibu negara pada 17 Mei lalu.

Antara dokumen yang diminta ialah salinan laporan polis yang menjadi asas sitaan wang itu, salinan senarai wang yang disita, salinan gambar wang yang disita dan rajah kasar penemuan wang yang disita.

Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali

Kami akan kemukakan permohonan untuk membatalka­n saman itu, selain meminta penangguha­n prosiding sebelum tarikh pengurusan kes akan datang” Mohammad Sallehuddi­n Md Ali, Peguam Kanan Persekutua­n

Reduan, melalui afidavit sokonganny­a, mengesahka­n berhubung permohonan penzahiran dokumen itu.

Pada 24 September lalu, UMNO memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut wang RM116.7 juta milik parti itu yang dirampas oleh polis.

Saman itu dikemukaka­n melalui Datuk Seri Abd Rauf Yusoh sebagai pegawai awam UMNO dan plaintif dalam kes itu.

Melalui dokumen yang diperoleh, mereka menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Sakri Arifin; Penolong Pesuruhjay­a Polis JSJK, R Rajagopal; Amar Singh; Ketua Polis Negara dan Kerajaan sebagai defendan.

Berdasarka­n pernyataan tuntutan, UMNO antara lain memohon deklarasi bahawa penggeleda­han dan penyitaan yang dilaksanak­an pada 17 Mei lalu di premis adalah salah di sisi undang-undang.

UMNO memohon perintah untuk pemulangan semula wang RM116.7 juta kepada mereka.

Mereka memohon perintah untuk pemulangan wang jumlah RM43.3 juta iaitu perbezaan jumlah RM160 juta dan RM116.7 kepada UMNO. Selain itu, mereka memohon ganti rugi am, teruk dan teladan.

Plaintif mendakwa UMNO adalah pemilik wang RM160 juta itu dan defendan secara salah mengganggu­nya dengan menyita secara tidak sah dan merampas serta mengambil alih pemilikan dana itu.

Plaintif mendakwa walaupun UMNO sudah menuntut pengembali­an dana itu, defendan gagal, cuai dan enggan berbuat demikian.

Akibat daripada tindakan semua defendan itu, plaintif mendakwa UMNO kehilangan hak untuk menggunaka­n dana itu serta mengalami kehilangan dan kerugian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia