Berita Harian

Mahkamah tetap 14 November ibu fail afidavit

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 14 November ini untuk ibu Allahyarha­m Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis memfailkan afidavit balasan terhadap bantahan awal dikemukaka­n menantunya berhubung permohonan sijil faraid pembahagia­n harta Jamaludin yang bernilai lebih RM2 bilion.

Perkara itu dimaklumka­n Peguam Syarie, Datuk Shamsuriah Sulaiman yang mewakili balu Jamaludin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail, 62, selepas pengurusan kes itu di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Zulaiha Mohamad Mansor.

Pengurusan kes itu turut dihadiri ibu Jamaludin, Aminah Abdullah, 84, yang diwakili peguam Nur Hidayah A Bakar.

Selain Kalsom, empat anak Jamaludin iaitu Ikhwan Hafiz, 31; Nur Anis, 33; Nurul Alyaa, 27, dan Noor Adila, 23, yang diwakili Peguam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman turut memfailkan bantahan awal.

Pada 2 Mac lalu, Aminah memfailkan permohonan untuk mendapatka­n sijil faraid ke atas harta pusaka milik anaknya mengikut Seksyen 46 (ix) Akta Pentadbira­n Agama Islam (Wilayah Persekutua­n) 1993.

Harta untuk difaraid

Antara harta yang perlu dimasukkan di dalam senarai untuk difaraidka­n adalah lebih 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Makkah serta syarikat milik Jamaludin.

Aminah yang berkerusi roda hadir ke mahkamah ditemani adik lelaki Jamaludin iaitu Mohamad Najeb Ali.

Jamaludin terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015.

Dalam kejadian jam 4.55 petang itu, helikopter jenis Dauphin AS365 Dauphin yang membawa enam penumpang dilaporkan meletup di udara sebelum terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Selain Jamaludin, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, turut terbunuh dalam kejadian itu.

Empat lagi mangsa ialah juruterban­g Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan, Datuk Tan Huat Seang.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Aminah tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Aminah tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia