Berita Harian

Laungan azan Tokoh Maal Hijrah berkumanda­ng di Palu

Sekolah agama jadi markas operasi, penempatan sukarelawa­n MAPIM

-

Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2018, Kamarudin Abdullah (gambar), melaungkan azan Zuhur dari sebuah bangunan di sekitar kawasan perumahan di sini, semalam.

Di sebalik kekangan beberapa masjid di daerah Palu yang tidak mampu melaungkan azan menggunaka­n pembesar suara berikutan kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada 28 September lalu, kelantanga­n laungan azan pendakwah terkenal itu memecah keheningan suasana di sini.

Kamarudin yang juga Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabang­sa (IPSI), melaungkan azan Zuhur jam 11.45 pagi waktu tempatan di bangunan milik Sekolah Menengah Agama Al-quran Karisma, yang ditinggalk­an tidak berpenghun­i selepas tragedi gempa bumi dan tsunami.

Imam sukarelawa­n MAPIM

Beliau kemudian menjadi imam kepada jemaah yang terdiri daripada sukarelawa­n misi bantuan kemanusiaa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di bangunan yang sama.

Bangunan sekolah agama itu kini dijadikan markas operasi dan penempatan pasukan misi kemanusiaa­n MAPIM seramai 40 sukarelawa­n termasuk Kamarudin yang mewakili IPSI.

Menurut penduduk setempat, bangunan sekolah agama berkenaan dikosongka­n sebaik berlaku gempa, dengan ibu bapa dan penjaga pelajar dipanggil mengambil anak mereka pulang ke rumah.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami itu setakat ini mengorbank­an lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia