Berita Harian

Remaja bantu mangsa nahas hilang

Motosikal enjin masih hidup ditemui di lokasi

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

Kes kemalangan membabitka­n lori kontena, treler, lori dan kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) yang menyebabka­n seorang lelaki dan wanita maut Jumaat lalu menimbulka­n misteri apabila sebuah motosikal ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di lokasi kejadian.

Bagaimanap­un, yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini ialah penunggang motosikal berkenaan, Amir Hamzah Mohd Rozali, 21, gagal dikesan dan dikhuatiri turut menjadi mangsa kemalangan tragis itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata maklumat penemuan motosikal itu dimaklumka­n kepada abangnya yang kemudian membuat laporan polis.

Katanya, menerusi siasatan, lelaki itu yang menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna merah dipercayai berhenti untuk membantu mangsa kemalangan apabila sebuah treler membawa muatan kampit simen terbabas sebelum terbalik merentangi lorong tengah serta lorong kanan lebuh raya dalam kejadian jam 4.40 pagi itu.

Kemalangan kedua

“Lelaki itu dipercayai hilang selepas kemalangan kedua yang berlaku dalam beberapa minit apabila sebuah lori kontena merempuh sebuah lagi lori yang kemudian menghimpit sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Kejadian itu dilihat dua lelaki yang kemudian menemui topi keledar mangsa yang pecah di atas jalan,” katanya, semalam.

Mohd Zani berkata, abang mangsa yang menerima maklumat mengenai motosikal adiknya semalam, bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui beg pinggang di bawah jambatan pada jam 10.30 pagi.

“Berikutan itu, bermula semalam, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara dengan bantuan bomba dan unit anjing pengesan giat dijalankan,” katanya.

 ??  ?? Amir Hamzah Mohd Rozali
Amir Hamzah Mohd Rozali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia