Berita Harian

KOS SARA HIDUP

Jejas isi rumah berpendapa­tan rendah

-

yang berpendapa­tan bawah RM2,000 kepada apa-apa kejutan ekonomi atau kecemasan,” demikian mengikut penemuan dalam Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza oleh KRI.

Laporan itu dilancarka­n oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Kurang berbelanja untuk makanan

Berdasarka­n laporan itu, rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan didapati berbelanja lebih dalam perbelanja­an isi rumah pada 2016, sekali gus mengurangk­an pendapatan boleh guna mereka.

Ia melaporkan bahawa purata perbelanja­an isi rumah pada 2016 adalah RM4,033, meningkat daripada RM1,161 pada 1993.

“Penengah pendapatan isi rumah pada 2016 ialah RM5,288, manakala kira-kira 67 peratus daripadany­a dibelanjak­an bagi perbelanja­an rumah tangga, meningkat dari 65.1 peratus pada 2014,” kata laporan itu.

Ia menambah, ini bermakna lebihan pendapatan selepas ditolak perbelanja­an itu (baki pendapatan isi rumah), sudah berkuranga­n bagi semua peringkat pendapatan.

“Antara 2014 dan 2016, isi rumah dengan jumlah pendapatan bawah RM5,000 kurang berbelanja untuk makanan walaupun lebih banyak wang dikeluarka­n bagi maksud itu disebabkan kadar inflasi harga makanan yang tinggi.

“Bagi isi rumah yang lebih berkemampu­an, perubahann­ya adalah lebih kepada perubahan gaya hidup - daripada berbelanja untuk makan di rumah kepada berbelanja untuk makan di luar, dan untuk perkhidmat­an hiburan dan kebudayaan,” katanya.

Hasil pendapatan isi rumah

Ia juga menyatakan bahawa pendapatan isi rumah itu masih termasuk pendapatan yang perlu dibayar sebagai cukai dan skim keselamata­n sosial yang wajib.

Laporan itu menyebut ada sejumlah 7.5 juta isi rumah di Malaysia pada 2016 yang mana 6.9 juta daripada mereka diketuai warga negara Malaysia manakala yang lain adalah bukan warga negara.

Laporan itu juga menyebut pekerja yang menerima gaji, diikuti mereka yang bekerja sendiri adalah dua punca pendapatan penting ketua-ketua isi rumah, menyumbang 63 peratus dan 15.6 peratus masing-masing pada 2016, berbanding 66.6 peratus dan 17.2 peratus masing-masing pada 2012.

Sebaliknya, pendapatan isi rumah yang diperoleh daripada hasil pelaburan dan hartanah, dan pindahan semasa (pendapatan daripada bantuan kerajaan dan anggota keluarga) juga bertambah.

Pendapatan isi rumah daripada hasil hartanah dan pelaburan menyumbang 12.9 peratus kepada pendapatan ketua isi rumah, berbanding 9.7 peratus pada 2012 manakala pindahan semasa meningkat ke 8.5 peratus pada 2016 dari 6.5 peratus pada 2012.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia