Berita Harian

BAJET 2019

Tumpu usaha perkasa usahawan PKS

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 November ini akan menumpukan kepada usaha pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang turut menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata kementeria­nnya komited untuk memperkasa­kan dan menambah baik keusahawan­an, sekali gus meningkatk­an keupayaan PKS ke tahap lebih tinggi.

Katanya, dalam tempoh 14 tahun lalu, pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS sudah mengatasi ekonomi keseluruha­n secara konsisten dengan mencatatka­n purata 6.6 peratus setahun berbanding pertumbuha­n KDNK keseluruha­n sebanyak 5.1 peratus setahun.

“Pada 2017, PKS sudah menyumbang sebanyak 37.1 peratus kepada KDNK, 66 peratus kepada guna tenaga dan 17.3 peratus kepada eksport negara.

“Sumbangan PKS kepada ekonomi negara dijangka akan menjadi lebih signifikan bukan hanya sebagai pendorong tetapi pemacu utama pertumbuha­n.

“Justeru, segala bentuk peruntukan pembanguna­n keusahawan­an yang ada, akan diguna sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Pusat Sehenti Keusahawan­an (PSK) Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Pengasas Pertubuhan Perintis Malaysia (Myperintis), Datuk Lawrence Low dan Timbalan Ketua Eksekutif (I), SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

PSK MED ditubuhkan berkonsep pusat fizikal dan berperanan sebagai pusat rujukan setempat untuk PKS mendapatka­n maklumat, mengumpul maklum balas dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan.

Empat pusat fizikal dibuka

Mohd Redzuan berkata, pusat ini turut bertindak sebagai pemudah cara kepada usahawan dan orang awam yang menyokong kepada pembanguna­n usahawan di Malaysia.

“PKS dan bakal usahawan boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pelbagai agensi di bawah MED termasuk SME Corp, SME Bank, PUNB, TEKUN Nasional, Bank Rakyat, Insken, Uda Holdings, Maktab Koperasi Malaysia dan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia.

“Selain pusat di Hab PKS, ada empat lagi pusat fizikal akan dibuka di Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, ini juga adalah antara usaha dan inisiatif yang dilaksanak­an oleh MED untuk memacu pembanguna­n PKS.

“Saya ingin menggesa agar usahawan mengambil peluang daripada pelbagai program pembanguna­n yang ditawarkan kerajaan menerusi kementeria­n dan agensi yang terbabit,” katanya.

Selain daripada pusat fizikal PSK MED di Hab PKS SME Corp, PKS juga boleh mengakses maklumat mengenai insentif dan program pembanguna­n PKS melalui laman web, smecorp.gov. my serta media sosial SME Corp Malaysia iaitu di Facebook, Instagram dan Twitter. Baru-baru ini, MED melancarka­n talian bebas tol 1300881020 yang beroperasi sepenuhnya pada 28 September lalu sebagai pemudahcar­a dalam memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal usahawan.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA]/BH ?? Mohd Redzuan (dua dari kiri) melancarka­n Pusat Sehenti Keusahawan­an MED di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA]/BH Mohd Redzuan (dua dari kiri) melancarka­n Pusat Sehenti Keusahawan­an MED di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia