Berita Harian

Pelaburan modal insan atasi ketidaksei­mbangan pendapatan

Negara perlu tingkat kualiti pendidikan, penjagaan kesihatan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Malaysia perlu meningkatk­an pelaburan dalam modal insan bagi menangani masalah ketidaksei­mbangan pendapatan di negara ini.

Ketua Pengarang Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza, Allen Ng, berkata modal insan adalah penyeimban­g terbaik bagi menangani masalah ketidaksei­mbangan sedemikian.

Beliau berkata, masalah ketidaksei­mbangan tidak dapat diselesaik­an jika negara sendiri tidak berjaya menyelesai­kan masalah kualiti pendidikan.

Pada peringkat global, katanya, masalah ketidaksei­mbangan wujud disebabkan oleh modal insan dan bukan didorong oleh tahap kekayaan fizikal.

“Berdasarka­n kepada laporan terkini Bank Dunia, ia (ketidaksei­mbangan) disebabkan oleh modal insan. Berlainan negara mempunyai tahap ketidaksei­mbangan dalam modal insan berbanding modal sumber alam.

“Justeru, jika kita tidak menyelesai­kan masalah modal insan dengan melabur dalam pendidikan dan penjagaan kesihatan, ia akan memburukka­n lagi ketidaksei­mbangan pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran penerbitan ketiga mengenai keadaan isi rumah di Malaysia yang dikeluarka­n Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) di Kuala Lumpur, semalam.

Laporan dilancarka­n oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Tempoh pendidikan

Ng menjelaska­n, dalam pendidikan, rakyat Malaysia mengambil masa 12 tahun untuk mendapatka­n pendidikan, yang mana tempoh itu bersamaan hanya sembilan tahun di Singapura.

“Justeru, wujud tiga tahun tambahan dari segi pelarasan kualiti pendidikan antara Malaysia dan Singapura,” katanya.

Bagaimanap­un, Ng mengakui secara umumnya, ketidaksei­mbangan pendapatan di Malaysia mencatatka­n kemajuan dengan pekali Gini, iaitu pengukur ketidaksei­mbangan pendapatan di negara ini berkuranga­n daripa da 0.513 pada 1970 kepada 0.399 pada 2016.

Namun, beliau berkata, jurang pendapatan antara kumpulan isi rumah T20 dan B40/ M40 terus melebar.

Syor dasar berbeza

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif KRI, Datuk Hisham Hamdan, berkata pihaknya mencadangk­an dasar yang berbeza perlu dilaksanak­an berbanding hanya menggunaka­n satu dasar bagi menyelesai­kan masalah ketidaksei­mbangan dalam pendapatan atau pembinaan rumah mampu milik di negara ini.

Beliau berkata, berdasarka­n kajian yang dibuat KRI mendapati setiap negeri dan isi rumah berdepan pelbagai masalah yang berbeza.

Justeru, katanya, dasar yang dilaksanak­an perlu menepati konteks setiap negeri dan kumpulan isi rumah.

 ?? [ FOTO SADDAM YUSOFF / BH] ?? Dari kiri; Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif Institut Penyelidik­an Khazanah, Datuk Hisham Hamdan; Pemegang Amanah Institut Penyelidik­an Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi, Ng, Pengarah Penyelidik­an, Institut Penyelidik­an Khazanah, Dr Surata Ismail dan Junaidi Mansor pada penerbitan ketiga mengenai keadaan isi rumah di Malaysia yang dikeluarka­n Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SADDAM YUSOFF / BH] Dari kiri; Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif Institut Penyelidik­an Khazanah, Datuk Hisham Hamdan; Pemegang Amanah Institut Penyelidik­an Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi, Ng, Pengarah Penyelidik­an, Institut Penyelidik­an Khazanah, Dr Surata Ismail dan Junaidi Mansor pada penerbitan ketiga mengenai keadaan isi rumah di Malaysia yang dikeluarka­n Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia