Berita Harian

Ekonomi berasas pengukuhan institusi

-

Malaysia perlu menumpukan usaha melangkaui pertumbuha­n ekonomi dalam menjamin kesejahter­aan rakyat, terutama golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana di negara ini.

Dengan negara menuju ke arah berpendapa­tan tinggi, kerajaan perlu menumpukan dalam membangunk­an ekonomi berasaskan pengetahua­n intensif, modal insan berkualiti dan pemodenan infrastruk­tur.

Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza yang diterbitka­n Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), mencadangk­an Malaysia perlu memberi tumpuan dalam pengukuhan institusi memandangk­an ia adalah komponen utama dalam pembanguna­n negara.

Ia berkata, pengukuhan institusi Malaysia mencatatka­n penurunan dalam dekad yang lalu dan keadaan itu perlu diperbaiki.

Mendepani perubahan struktur

“Kesejahter­aan sosial bukan sahaja memerlukan pertumbuha­n, ia memerlukan institusi nasional yang kukuh.

“Justeru, bagi menyokong peringkat pembanguna­n selanjutny­a, kita perlu melihat melangkaui pertumbuha­n dan menumpukan pengukuhan institusi kebangsaan kita,” kata KRI dalam laporan itu.

Melangkah ke hadapan, ekonomi negara bakal berdepan pelbagai cabaran sama ada pada peringkat global dan domestik seperti perubahan landskap ekonomi, perubahan alam sekitar, demografi, gangguan teknologi dan penyusunan semula strategi pertumbuha­n.

Dalam mendepani perubahan struktur Malaysia, dasar mesti digubal untuk memacu inovasi, memperting­katkan modal insan dan pemodenan infrastruk­tur dengan sasaran utama melengkapk­an isi rumah di negara ini untuk berdepan cabaran global dan domestik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia