Berita Harian

Perniagaan baharu di Malaysia tidak inovatif

-

Perniagaan baharu di Malaysia tidak inovatif, demikian menurut Institut Penyelidik­an Khazanah dalam laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza.

Keadaan ini berlaku walaupun peratusan purata firma yang dipacu oleh peluang perniagaan adalah lima kali ganda daripada peratusan purata firma yang dipacu oleh keperluan pasaran, lebih tinggi daripada ekonomi maju.

Menurut laporan itu, hanya 16 peratus perniagaan baharu memperkena­l produk baharu, atau separuh daripada yang dilaporkan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

“Perniagaan baharu dalam negara tidak inovatif. Ini perlu diberikan perhatian oleh rakyat Malaysia selain meneroka peluang baharu berdasarka­n perniagaan yang mampu memacu inovasi.

Kerenah birokrasi, kos berkuranga­n

“Keusahawan­an yang dimanfaatk­an sebaik-baiknya, boleh memainkan peranan penting dalam mentransfo­rmasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahua­n yang lebih maju.

“Walaupun negara sukar untuk menjangka sepenuhnya arah perubahan, Malaysia boleh memudahkan dan menyokong aktiviti keusahawan­an melalui beberapa langkah termasuk kewangan, mengurangk­an kos dan kegagalan yang merupakan stigma dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Laporan itu turut menyatakan kerenah birokrasi dan kos memulakan perniagaan sudah berkuranga­n selama ini daripada 13 hari pada 2010 kepada 5.5 hari pada 2016.

Walaupun Malaysia setanding dengan negara jiran seperti Thailand dan Vietnam, Malaysia masih jauh ketinggala­n daripada negara maju dan membangun.

Bagi dana penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), ia masih ketinggala­n berbanding negaranega­ra berpendapa­tan tinggi seperti Jepun dan Korea Selatan atau purata Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia