Berita Harian

Mah Sing sambut baik dasar rumah mampu milik

-

Mah Sing Group Bhd mengalu-alukan pengumuman oleh kerajaan baru-baru ini berhubung dasar pembinaan rumah mampu milik di bawah RM500,000.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ho Hon Sang, berkata 74 peratus jualan kediaman kumpulan berkenaan pada 2018 adalah di bawah harga RM500,000.

“Mah Sing membina rumah mampu milik sejak 2015 dan mahu menjadi penyumbang besar kepada pembanguna­n rumah mampu milik di negara ini,” katanya di dalam satu kenyataan.

Sejajar dengan ini, Mah Sing memulakan kempen “Menghasilk­an Kembali Mampu Milik” tahun lalu meliputi empat projek iaitu M Centura di Sentul, M Vertica di Cheras, M Vista di Pulau Pinang dan Fern fasa 2 di Timur Meridin, Johor.

Tingkat kehidupan pelanggan

Jumaat lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, dilaporkan berkata, kerajaan akan mewujudkan tiga kategori rumah mampu milik yang akan dibina di bawah Dasar Perumahan Negara dengan rumah berharga RM150,000 dan ke bawah, RM150,000-RM300,000 dan RM300,000-RM500,000 akan termasuk dalam kategori baharu itu.

“Untuk masa hadapan, kami akan terus meningkatk­an kehidupan pelanggan dengan membangunk­an produk yang mampu dan terancang,” tambah Hon Sang.

Berada di dalam industri selama 24 tahun, Mah Sing pada masa ini melaksanak­an 47 projek di kawasan rancak dengan pembanguna­n hartanah di Malaysia dan sudah menjual kira-kira 39,000 unit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia