Berita Harian

Tingkat peluang perniagaan dalam sektor pembinaan

Advancecon mahu kerajaan perkenal langkah tawar lebih banyak peluang

- Oleh Bisnes NSTP

Bajet 2019 perlu memperkena­lkan langkah untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada PERNIagaan pembinaan tempatan, demikian menurut Advancecon Holdings Bhd (Advancecon).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advancecon, Datuk Phum Ang Kia, berkata kerajaan perlu memfokuska­n penyertaan kontraktor tempatan yang layak dalam projek rel dan lebuh raya utama untuk meningkatk­an rangkaian hubungan di seluruh negara.

“Kami berharap kerajaan mengutamak­an dasar penting bagi memastikan negara ini terus berada di landasan ke arah mencapai status berpendapa­tan tinggi.

“Dasar seumpama itu perlu menekankan peningkata­n perbelanja­an membolehka­n rakyat mampu untuk membeli rumah pertama mereka.

“Ini pastinya akan memberi rangsangan diperlukan dalam pasaran hartanah,” katanya.

Pelan tindakan pekerja asing

Selain itu, beliau juga meminta kerajaan untuk menyediaka­n pelan tindakan lebih jelas berhubung isu berkaitan dengan pekerja asing.

“Sebagai sebuah syarikat pembinaan, kami masih memerlukan perkhidmat­an buruh asing pada peringkat tertentu. Ini akan memberikan masa yang mencukupi kepada kami untuk melaksanak­an perancanga­n sumber manusia serta menyesuaik­an diri terhadap sebarang perubahan yang akan terjadi tanpa memberi halangan terhadap operasi kami,” katanya.

Advancecon, ditubuhkan pada April 1990, adalah peserta utama dalam perkhidmat­an kerja tanah dan kejurutera­an awam.

Syarikat itu menjalanka­n kerja lebih daripada RM500 juta dalam tempoh tiga tahun dan memiliki kontrak dalam tangan berjumlah RM908.8 juta.

Ia termasuk kerja bagi projek infrastruk­tur seperti Lebuh Raya Pantai Barat, Lebuh Raya Pan Borneo dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan dan pembanguna­n perbandara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia