Berita Harian

Pelabur asing jual RM1.05 bilion saham tempatan

-

Pelabur asing menjual RM1.05 bilion daripada saham tempatan di Bursa Malaysia minggu lalu, berbanding aliran masuk bersih RM69 juta minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.

Dalam laporan aliran dana mingguanny­a, Penganalis­is MIDF Research, Adam M Rahim, berkata ia aliran keluar bersih asing mingguan terbesar dalam 16 minggu.

Bagaimanap­un, katanya, Malaysia menyaksika­n paras penjualan dana asing kedua terendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang dipantau olehnya minggu lalu.

“Pelabur antarabang­sa muncul penjual bersih pada setiap hari minggu lalu. Penjualan bersih dana asing pada Isnin berjumlah RM227.2 juta tidak mengejutka­n kerana pelabur memberikan reaksi kepada pengumuman penamatan kontrak kerja bawah tanah Mmc-gamuda bagi MRT2 hari sebelumnya.

“Paras penjualan bersih dana asing kemudian berkuranga­n kepada di bawah RM200 juta pada dua hari berikutnya, disokong oleh harapan bahawa proses tender semula antarabang­sa kerja bawah tanah MRT2 akan disemak semula oleh kerajaan,” katanya.

Kesan kerugian Wall Street

Namun, Adam berkata, Khamis menyaksika­n pasaran huru-hara apabila pelabur antarabang­sa menjual bersih RM327.9 juta saham tempatan, tertinggi dalam tempoh sebulan selepas Wall Street mengalami kerugian terbesar dalam tempoh lapan bulan apabila syarikat teknologi kekal tertekan ditambah pula kebimbanga­n kenaikan kadar faedah.

Beliau berkata, penjualan bersih dana asing berkuranga­n hampir separuh kepada RM173.8 juta pada Jumaat, sejajar dengan pantulan semula bursa tempatan sebanyak 1.3 peratus susulan berita bahawa Presiden Donald Trump akan bertemu Xi Jinping pada Sidang Kemuncak G20.

Adam berkata, aliran keluar bersih dana asing dari Malaysia setakat Jumaat lalu secara keseluruha­nnya berjumlah RM9.7 bilion, mengimbang­i lebih daripada 90 peratus aliran masuk bersih RM10.3 bilion tahun lalu.

Malaysia kekal kedudukan

Sementara itu, Adam berkata, Malaysia mengekalka­n kedudukan sebagai negara dengan aliran keluar bersih dana asing kedua terendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang dipantauny­a.

Katanya, penyertaan pelabur asing, dana institusi tempatan dan pelabur dalam pasaran runcit adalah tinggi minggu lalu, dengan nilai purata dagangan mingguan adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia