Berita Harian

Sektor koperasi mohon dana laksana program

-

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) berharap kerajaan dapat memberi peruntukan sebanyak RM300 juta kepada sektor koperasi negara pada pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November ini.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata peruntukan itu bakal digunakan bagi melaksanak­an program dan aktiviti yang akan meningkatk­an nilai jualan dan perdaganga­n sektor koperasi di negara ini.

“Kami harap peruntukan dapat diserahkan terus kepada Angkasa untuk diuruskan kerana sebelum ini kerajaan memberi peruntukan RM100 juta kepada dua pihak iaitu Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) dan Koperasi Jaya Diri (Kojadi).

“Untuk kali ini, kami harap peruntukan RM300 juta dapat diserahkan terus kepada kami untuk diuruskan dan diagihkan kepada ahli,” katanya pada majlis memeterai perjanjian persefaham­an antara Virtualfle­x Sdn Bhd (Virtualfle­x) dan Asean Co-operative Organizati­on (ACO) di Petaling Jaya, semalam.

Yang hadir sama Pengerusi Virtualfle­x, Jamaludin Md Ali dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Norsiah Juriani Johari.

Virtualfle­x adalah anak syarikat milik penuh Johor Corporatio­n (Jcorp) yang fokus kepada perniagaan sistem pembayaran atas talian manakala, ACO adalah gabungan koperasi ASEAN, dengan Malaysia diwakili Angkasa.

Bantu capai sasaran

Abdul Fattah yang juga Presiden ACO berkata, jumlah peruntukan itu dilihat amat penting dalam membantu Angkasa untuk mencapai sasaran sumbangan jumlah perolehan sektor koperasi sebanyak RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020. Menurutnya, sektor koperasi setakat tahun lalu menyumbang sebanyak RM40 bilion kepada KDNK dan Angkasa perlu meningkatk­an jumlah perolehan kepada RM10 bilion lagi dalam tempoh dua tahun akan datang untuk mencapai sasaran terbabit.

“Oleh itu, kami perlu menyediaka­n kemudahan pembiayaan lebih tinggi dan jika jumlah atau modal pusingan ini dapat diperoleh, maka saya yakin sasaran RM50 bilion atau lebih mampu dicapai berbanding melalui bantuan modal RM100 juta sahaja,” katanya.

Kerjasama Virtualfle­x, ACO

Pada majlis semalam, Jcorp melalui Virtualfle­x menjalinka­n kerjasama dengan ACO untuk menawarkan kemudahan kad tanpa tunai dikenali Kash Prepaid Mastercard (Kash) kepada lebih 6.5 juta ahli Angkasa di Malaysia dan ahli koperasi gabungan ACO di rantau ASEAN.

Jamaludin berkata, perjanjian persefaham­an itu akan menyaksika­n Virtualfle­x menyediaka­n kemudahan tanpa tunai seperti dompet mudah alih, pembayaran kad prabayar serta transaksi atas talian yang mudah, cepat dan selamat.

“Saya yakin penggunaan Kash ini dapat menarik lebih ramai pengguna untuk menggunaka­n kad ini kerana ia bukan saja boleh digunakan untuk membeli makanan dan minuman malah melakukan transaksi atas talian atau tambah nilai yang cepat dan selamat.

“Antara keistimewa­an kad ini adalah ia memiliki nilai prabayar (e-dompet dan kad) yang mampu menampung sehingga RM20,000,” katanya. Presiden Angkasa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia