Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

12 Okt 2018 RM2,08.300

Niaga hadapan minyak mentah naik semalam berikutan berlaku ketegangan geopolitik yang tercetus akibat kehilangan seorang wartawan Arab Saudi sehingga menimbulka­n kebimbanga­n terhadap bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak sehingga AS$1.49 satu tong ke paras tinggi AS$81.92 sebelum merosot hingga AS$80.83, naik 40 sen, pada 0745 GMT.

Manakala minyak mentah Amerika Syarikat (AS) naik 20 sen pada AS$71.54.

“Ketegangan semakin meningkat akibat kehilangan wartawan, Jamal Khashoggi di Istanbul, memberi tekanan kepada harga minyak,” kata pakar strategi ING, Warren Patterson.

Arab Saudi mengalami tekanan sejak Jamal yang bertugas dengan akhbar

dilaporkan hilang sejak 2 Oktober lalu selepas mengunjung­i pejabat konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk mengenakan hukuman berat jika didapati Jamal disahkan terbunuh di pejabat konsulat berkenaan.

Patterson berkata, kejadian itu menimbulka­n kebimbanga­n kemungkina­n Arab Saudi akan menggunaka­n minyak sebagai alat untuk membalas dendam jika ada sebarang tindakan yang dikenakan terhadapme­reka.

Mengekalka­n tekanan ke atas harga, laporan bulanan daripada Agensi Tenaga Antarabang­sa mengatakan pasaran melihat ‘bekalan pada masa ini masih mencukupi’ dan agensi itu mengunjurk­an pertumbuha­n permintaan bagi minyak pada tahun ini dan tahun berikutnya.

 ??  ?? Washington Post
Washington Post

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia