Berita Harian

Jumlah dagangan merosot

Kekurangan belian susulan seret turun Bursa Malaysia

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan kurangnya belian susulan walaupun mencatat permulaan yang baik, kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot dua mata kepada 1,728.74 berbanding 1,730.74 pada penutupan Jumaat.

Indeks utama dibuka 1.34 mata lebih lemah pada 1,729.4 dan didagangka­n antara 1,726.25 dan 1,739.32 sepanjang hari.

Peniaga berkata, pasaran saham tempatan menjejaki prestasi bursa serantau utama yang kurang memberangs­angkan, ketika wujud kebimbanga­n mengenai implikasi kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan perdaganga­n antara China dan AS.

“Saham Asia susut pada Isnin apabila pelabur terus mengambil sikap berhati-hati, berikutan kerugian pada peringkat global pada minggu sebelumnya,” katanya.

Berdasarka­n kedudukan serantau, Nikkei 225 turun 1.87 peratus kepada 22,271.30, Indeks Komposit Shanghai merosot 1.49 peratus kepada 2,568.1, Indeks Hang Seng turun 1.38 peratus kepada 25,445.06 manakala indeks Kospi susut 0.77 peratus kepada 2,145.12.

Di papan skor, kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 532 berbanding 342 manakala 359 kaunter tidak berubah, 649 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.02 bilion unit bernilai RM2.02 bilion, berbanding 2.22 bilion unit bernilai RM2.49 bilion Jumaat lalu.

Bagi saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM9.58 dan RM24.98 manakala TNB dan CIMB masingmasi­ng susut dua sen kepada RM14.58 dan RM5.93.

Petronas Chemicals meningkat 12 sen kepada RM9.40.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Trive Property masing-masing susut setengah sen kepada 35.5 sen dan 1.5 sen manakala riceworth Internatio­nal tidak berubah pada empat sen.

Hibiscus Petroleum menambah empat sen kepada RM1.22 dan Gamuda naik tujuh sen kepada RM2.42.

Indeks FBM Emas merosot 17.48 mata kepada 11,964.38, Indeks FBM Emas Syariah turun 9.99 mata kepada 11,978.97 manakala Indeks FBMT 100 susut 14.87 mata kepada 11,794.75.

Indeks FBM Ace meningkat 38.65 mata kepada 4,969.37 manakala FBM 70 turun 22.28 mata kepada 13,837.81.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n merosot 24.35 mata kepada 7,387.45, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 16.68 mata kepada 17,511.94, manakala Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri menambah 0.4 mata kepada 172.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.40 bilion saham bernilai RM1.89 bilion berbanding 1.45 bilion saham bernilai RM2.34 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran susut kepada 409.36 juta unit bernilai RM82.39 juta berbanding 452.14 juta unit bernilai RM91.12 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 209.59 juta saham bernilai RM51.59 juta berbanding 315.58 juta saham bernilai RM58.90 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 176.3 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (294.48 juta), pembinaan (115.18 juta), teknologi (177.99 juta), SPAC (170,000), perkhidmat­an kewangan (42.5 juta) 93.04 juta), perladanga­n (11.05 juta), REIT (2.8 juta), dana tertutup (27,000), tenaga (380.8 juta), penjagaan kesihatan (32.87 juta), telekomuni­kasi dan media (26.06 juta), serta utiliti (29.98 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia