Berita Harian

Ekuiti Jepun catat penurunan tertinggi

-

Saham Asia menyusut semalam berikutan keadaan pasaran tidak menentu susulan perang dagangan antara Amerika Syarikat (As)china dan kebimbanga­n kenaikan kadar faedah AS.

Ekuiti Jepun mencatatka­n penurunan tertinggi, dengan penanda aras Nikkei 225 menyusut hampir dua peratus, dengan menjangkak­an pengumuman kenaikan dua mata peratusan dalam cukai jualan oleh Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Abe turut menjanjika­n beberapa langkah untuk melemahkan impak terhadap pengguna, namun ramai penganalis­is memberi amaran bahawa kenaikan cukai jualan itu akan mengurangk­an pertumbuha­n ekonomi Jepun.

“Kami tidak pernah menyaksika­n harga saham meningkat selepas pengumuman kenaikan cukai jualan sebelum ini,” kata ahli strategi pasaran SBI Securities, Kyoko Amemiya.

Saham Jepun turut menerima tekanan susulan kenyataan Setiausaha Perbendaha­raan AS, Steven Mnuchin, bahawa AS ingin membuat persediaan untuk mengelakka­n manipulasi mata wang ketika menjalinka­n perdaganga­n dengan Jepun pada masa akan datang.

Saham China turut merosot dengan penanda aras Shanghai Composite menyusut 1.5 peratus.

Pasaran di Hong Kong, Australia dan Korea Selatan juga mencatatka­n kerugian, dengan Hang Seng menyusut lebih dari satu peratus.

Pasaran Eropah bagaimanap­un, kukuh ketika dibuka, dengan penanda aras London FTSE meningkat 0.1 peratus, Paris CAC 40 mendatar dan pembukaan Frankfurt ditangguh berikutan masalah teknikal.

Minggu lalu menyaksika­n jualan di seluruh ekuiti global, didorong kebimbanga­n terhadap kenaikan kadar faedah AS, ketegangan dagangan antara As-china dan kenyataan Presiden Donald Trump terhadap Rizab Persekutua­n AS.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Saham China turut merosot dengan penanda aras Shanghai Composite menyusut 1.5 peratus.
[ FOTO AFP ] Saham China turut merosot dengan penanda aras Shanghai Composite menyusut 1.5 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia