Berita Harian

Sindiket batu delima ‘tarik duit’ tumpas

Dua warga Indonesia guna lampu LED kaut RM118,000

- Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@nstp.com.my

Hanya bermodalka­n sebiji batu delima LED, dua lelaki warga Indonesia meraih RM118,000, selepas menipu 11 warga emas, sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Ashmon Bajah, berkata taktik itu dibongkar anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, susulan aduan diterima daripada mangsa.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan itu menjaja sebiji batu kononnya boleh mendatangk­an kekayaan dan menyembuhk­an penyakit.

“Kedua-dua lelaki warga Indonesia itu ditahan selepas dikesan menjadi sindiket penipuan batu delima di daerah Kota Tinggi.

“Sindiket ini menyasarka­n mangsa dalam kalangan warga emas dan memperdaya­kan mereka dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara ‘tarik duit’ atau menyembuhk­an penyakit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ashmon berkata, hasil siasatan, suspek meyakinkan mangsa dengan meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air.

Dipasang lampu LED

“Ia kemudian mengeluark­an cahaya kemerahan. Siasatan polis mendapati batu delima itu palsu. Objek berkenaan sebenarnya sudah dipasang dengan lampu LED dan akan menyala apabila diletakkan di dalam air,” katanya.

Beliau berkata, lima biji batu delima palsu dan bekas tembaga, wang tunai, telefon bimbit serta kereta dirampas daripada keduadua suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, viral mengenai satu demonstras­i oleh Inspektor F William Prasad dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kota Tinggi mengenai penipuan oleh sindiket batu delima.

Video berdurasi kira-kira tujuh minit itu memperliha­tkan taktik sindiket memperdaya warga emas di daerah ini.

Info berkenaan sangat berguna kepada orang ramai bagi meminta kedua-dua ibu bapa lebih berhatihat­i apabila didatangi sindiket seperti ini.

Dalam demonstras­i itu, sindiket memperdaya mangsa dengan mendakwa batu mustika merah delima itu mampu menyembuhk­an pelbagai penyakit.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM/BH] ?? Batu delima LED yang didakwa ada kuasa ajaib yang digunakan dua lelaki warga Indonesia untuk menipu warga emas.
[FOTO IHSAN PDRM/BH] Batu delima LED yang didakwa ada kuasa ajaib yang digunakan dua lelaki warga Indonesia untuk menipu warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia