Berita Harian

Polis tunggu laporan bedah siasat kedua

-

Petaling Jaya: Polis akan menunggu laporan penuh bedah siasat kedua terhadap jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, sebelum mengambil tindakan selanjutny­a.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata laporan berkenaan akan disiapkan dalam masa terdekat selepas proses bedah siasat terbabit selesai, kelmarin.

“Kita akan menunggu hasil bedah siasat kedua terhadap jenazah Allahyarha­m Nazrin. Proses itu selesai semalam (kelmarin).

“Ahli patologi terbabit akan menyiapkan laporan bedah siasat itu secepat mungkin. Sebaik lengkap, pasukan penyiasat akan meneliti laporan itu sebelum memutuskan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kebumi kali kedua

Jenazah Allahyarha­m selamat dikebumika­n untuk kali kedua di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Pengebumia­n itu selepas lapan hari jenazah dikeluarka­n dari kuburnya yang digali semula, 8 Oktober lalu, bagi membolehka­n proses bedah siasat kedua dijalankan.

Terdahulu, jenazah dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunaka­n van jenazah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan diiringi dua anggota polis bermotosik­al sebelum tiba di tanah perkuburan pada jam 11.35 pagi.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dilaporkan sebagai berkata jenazah Allahyarha­m akan dikebumika­n semula pada Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, upacara itu terpaksa ditangguhk­an berikutan proses bedah siasat masih belum selesai.

Pada 1 Oktober lalu, polis memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menggali semula kubur Allahyarha­m bagi bedah siasat kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia