Berita Harian

Ratu filem seram baharu

Luna Maya anggap gelaran diberi sebagai tanda penerimaan penonton

- Oleh Hanisah Selamat

Nama aktres ini mula diangkat sebagai Ratu Filem Seram Indonesia apabila kerap juga tampil bersama karya dalam genre berkenaan. Begitupun, Luna Maya, sukar untuk memberikan reaksi tatkala diminta ulasannya berhubung gelaran terbabit. Dia nyata tidak pasti sama ada boleh berbangga atau sebaliknya dengan ‘jenama’ yang diberikan kepadanya itu.

Cuma, pelakon berusia 35 tahun ini lebih suka melihat gelaran berkenaan sebagai tanda penerimaan orang ramai terhadap bakat dan kemampuann­ya.

Watak menonjol

Hakikatnya dia tidak menyangka kejayaan filem baharu lakonannya,

Sabrina, di Indonesia melonjakka­n lagi kredibilit­i selaku pemain watak seram hingga layak mengisi takhta terbabit.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberikan komen mengenai gelaran diberikan. Apa pun, saya menerima gelaran itu dengan hati terbuka kerana selepas Sabrina, saya bakal tampil dengan sebuah lagi filem seram berjudul Suzanna:

Bernafas Dalam Kubur.

“Barangkali, peranan mistik dan misteri yang diamanahka­n kepada saya itu sangat dominan membuatkan khalayak terus mengingati watak serta perwatakan dipaparkan.

“Kebetulan, wajah saya memang kerap menghiasi layar perak dengan kisah seram selepas menandatan­gani kontrak bersama sebuah syarikat produksi yang juga penerbit filem genre terbabit.

Barangkali, peranan mistik dan misteri yang diamanahka­n kepada saya itu sangat dominan membuatkan khalayak terus mengingati watak serta perwatakan dipaparkan”

“Malah pemberian gelaran itu tampak ketara selepas saya membintang­i filem bikinan semula, Bernafas Dalam Kubur (2018) yang dulu menyerlahk­an keunggulan Suzanna selaku Ratu Filem Horror 70-an,” katanya selepas tayangan Sabrina, di ibu kota, baru-baru ini.

Berat hati

Selain Luna, dua lagi teman gandingann­ya, Sara Wijayanto dan Christian Sugiono turut dibawa ke Kuala Lumpur sempena promosi filem yang bakal ditayangka­n di negara ini, bermula 18 Oktober.

Mengakui berdepan beberapa insiden menakutkan ketika menjalani penggambar­an filem terbabit, paling meninggalk­an kesan padanya tentu sahaja babak tertimbus di dalam lubang seakan-akan kuburan.

Katanya, adegan berkenaan memerlukan dirinya menahan nafas beberapa minit selepas ditimbus dengan pasir, membuatkan­nya merasai pengalaman seolah-olah sedang dikebumika­n.

“Awalnya, saya memang berat hati sebaik sahaja diminta melakukan babak ditarik ke dalam lubang, sebelum secara tiba-tiba harus dilihat tertimbus pasir sambil tangan terkapai-kapai meminta pertolonga­n.

“Tetapi selepas dipujuk, saya akur dan seperti dijangka, ia meninggalk­an rasa yang sukar dibayangka­n. Hari itu tubuh saya menjadi sangat letih hingga terbawa-bawa sampai ke rumah,” katanya lagi.

Kru dirasuk di lokasi

Diminta untuk terus berkongsi kejadian pelik yang dilalui di lokasi, Luna memaklumka­n, seorang daripada kru filem itu dirasuk ketika penggambar­an sedang dijalankan.

“Sebenarnya ada kru yang berdepan perkara pelik, tetapi kami enggan ambil pusing kerana tidak mahu emosi setiap tenaga pekerja dan pelakon terganggu.

“Namun, suatu hari penggambar­an terpaksa dihentikan seketika apabila seorang daripada rakan kami seolah-olah dirasuk. Mujurlah dia kembali baik-baik sahaja, walaupun penggambar­an terpaksa dihentikan sekejap,” ulasnya mengimbas detik mencemaska­n itu.

Cinta lima tahun kecundang

Kurang lengkap pertemuan dengan bintang tersohor dari seberang itu andai tidak mencungkil kisah cintanya.

Walaupun kelihatan seperti teragak-agak untuknya memulakan bicara perihal isu putus kasih dengan Reino Barrack, Luna tetap membuka mulut berkongsi mengenainy­a.

Sememangny­a, siapa yang tidak gundah apabila cinta yang disulam selama lima tahun kecundang, sekali gus membuatkan­nya dan ahli perniagaan itu membawa haluan sendiri sejak beberapa bulan lalu.

Biarpun saat ini hidupnya tanpa cinta, Luna bersyukur apabila dikeliling­i ramai insan prihatin, terutama rakan baik yang selalu berada di sisi hingga sering menjadi penghibur ketika kesunyian.

“Saya menjalani hidup ini seadanya. Hidup perlu diteruskan kerana kadang-kadang kita tidak boleh dapat setiap perkara yang diimpikan.

“Siapa mampu meramalkan apakah yang akan berlaku esok? Sebagai insan biasa, saya juga melalui episod emosi yang turun dan naik seperti orang lain. Cuma, bersyukurl­ah apabila kita diberikan ujian,” kata wanita berdarah campuran Indonesia-austria itu.

Perpisahan pasangan yang pernah dicop serasi itu dihidu oleh media Indonesia selepas Luna berkongsi gambar dengan Reino di laman sosial dengan iringan kapsyen luahan permohonan maaf.

Elak ulas video panas

Terdahulu, sekitar bulan lalu pula, namanya kembali panas selepas rakaman video pasangan yang dikatakan mirip dirinya dan penyanyi terkemuka negara itu, Ariel, sedang melakukan hubungan intim ‘bocor’ di laman maya pada 2010.

Jelas emosi Luna tampak berbeza berbanding ketika memberi reaksi perihal putus cinta. Nyata kali ini dia memilih untuk mengunci mulut berhubung isu penyebaran semula video panas berkenaan.

Katanya, lebih baik dia be sahaja am diri daripada me erikan sebarang komen berhu n perkara itu kerana engg dipanjangk­an lagi.

“Saya enggan komen. mahu andai nanti (isu) dip - panjangkan,” katanya r sambil meminta diri.

Terdahulu, skandal i tambah panas apabila m sebuah lagi klip sama sebagai Ariel bersama lagi pelakon dan pengaca lar, Cut Tari.

Kedua-dua video t bit disiasat pihak berw hingga ketiga-tiga mereka dianggap sebagai suspek, namun hanya Ariel dibawa ke muka pengadilan dan menjalani hukuman penjaseten­gah ra tiga tahun.

Luna Maya, Christian dan

Sara pada sidang media serta tayangan filem seram, Sabrina di GSC One Utama, Bandar Utama.

 ?? [ FOTO SADDAM YUSOFF / BH ] ?? Luna Maya
[ FOTO SADDAM YUSOFF / BH ] Luna Maya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia