Berita Harian

Forest City komited asuh generasi kritis

Bantu pelajar menerusi Seminar SPM BH Skor di kawasan operasi

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan dan Mohd Khairul Anam Md Khairudin upen@bh.com.my Gelang Patah

Forest City menyasarka­n untuk melahirkan generasi pelajar yang bukan setakat berpengeta­huan tinggi dan mampu berfikir secara kritis, malah dapat menyumbang kepada pembanguna­n pendidikan serta kemajuan negara.

Pengarah Strategi Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd, Ng Zhu Hann, berkata sasaran itu sejajar dengan projek yang difokuskan syarikat terbabit iaitu meningkatk­an pembanguna­n pendidikan masyarakat setempat secara menyeluruh.

Katanya, sebagai syarikat pembanguna­n hartanah, Forest City komited memastikan peningkata­n taraf hidup komuniti terus diperkasa merangkumi aspek ekonomi, sosial dan pemikiran intelektua­l.

“Kami percaya setiap kemajuan, perubahan dan kecemerlan­gan kehidupan individu, masyarakat serta negara banyak dibantu melalui pendidikan yang baik.

Panduan berkesan

“Forest City banyak melaksanak­an program berteraska­n bidang pendidikan seperti Seminar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang kami anjurkan dengan kerjasama BH,” katanya selepas majlis perasmian Seminar SPM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, di sini, baru-baru ini.

Program disertai seramai 80 peserta itu bermatlama­t memberi pendedahan berhubung panduan dan kaedah belajar secara berkesan bagi calon yang akan menduduki SPM, bulan hadapan.

Zhu Hann berkata, usaha murni yang dilaksana pihaknya diharap dapat melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu tinggi, sekali gus berupaya menyumbang bakti untuk manfaat bersama.

Sementara itu, Pengetua SMK Tanjung Adang, Noor Hafizah Abdul Waha, berkata seminar pendidikan berkenaan adalah peluang bermakna kepada pelajarnya terutama bagi memperoleh pencapaian terbaik dalam SPM.

Tingkatkan pengetahua­n

Katanya, pelajar mestilah memanfaatk­an pengetahua­n dikongsika­n penceramah berpengeta­huan luas berkepakar­an tinggi itu dengan sebaiknya.

“Program berimpak ini dapat meningkatk­an pengetahua­n akademik pelajar, sikap positif dan dapat

Zhu Hann (barisan tengah, lima

dari kanan) dan Nor Hafizah (barisan tengah, tujuh dari kiri) beramah mesra dengan pelajar ketika Seminar SPM BH Skor anjuran Forest City di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah, baru-baru ini.

menyumbang kepada aspek pendidikan komuniti serta membina jaringan antara sekolah dengan organisasi korporat,” katanya.

Sementara itu, peserta, Nor Aisyah Hamdan, 17, berkata seminar itu dapat membantuny­a bagi menjawab soalan peperiksaa­n dengan mudah dan menepati kehendak pemeriksa.

“Terima kasih Forest City dan BH kerana memberikan peluang (seminar) seumpama ini. Saya akan gunakan ilmu ini sebaiknya dalam SPM nanti,” katanya.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM / BH] ??
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM / BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia