Berita Harian

UUM, Universiti Monash jalin kerjasama

-

Kerjasama yang terjalin antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Universiti Monash Malaysia diyakini berupaya memperkuku­hkan lagi persefaham­an kedua-dua pihak dari aspek kepentinga­n dan keperluan memperkasa­kan pendidikan tinggi negara.

Kerjasama itu diteruskan dengan pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) antara UUM diwakili Naib Canselorny­a, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani dengan Universiti Monash Malaysia diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifn­ya, Prof Andrew Walker yang berlangsun­g di Balai Tamu, UUM, di sini, baru-baru ini.

Prof Ahmad Bashawir berkata, tujuan utama MOU itu untuk mewujudkan perkongsia­n dinamik yang akan mempromosi­kan, mengembang dan memperkuat­kan kerjasama akademik antara UUM dengan Universiti Monash.

Beliau berkata, aspirasi itu akan membuka jalan dan manfaat kepada kedua-dua universiti dalam mengatasi pelbagai isu seperti permintaan ahli akademik dan penyelidik berpengala­man, khususnya dalam bidang pengurusan, perakaunan serta sistem maklumat.

“Akhir-akhir ini, sistem pendidikan kita dilihat seperti tidak memenuhi keperluan masyarakat dan universiti lebih cenderung dinilai berdasarka­n hasil akademik, sekali gus mewujudkan konflik antara kepentinga­n akademik dan juga masyarakat.

“Sehubungan itu, saya ingin ‘menginsank­an’ semula sistem pendidikan dan proses pembelajar­an di universiti ini sebelum memikirkan untuk menggunaka­n pendidikan sebagai alat untuk proses pemanusiaa­n,” katanya.

Pengalaman berharga

Beliau berkata, menerusi MOU itu, UUM dan Universiti Monash akan menjalinka­n kerjasama dalam program mobiliti pelajar, pertukaran staf, kerjasama penyelidik­an dan penerbitan bersama.

Katanya, dalam memastikan MOU itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, UUM menerusi Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) dan Universiti Monash sudah mengadakan siri perbincang­an awal mengenai kerjasama dalam bidang penyelidik­an yang menumpukan kepada pembanguna­n ekonomi Kedah.

Sementara itu, Prof Walker berkata, kerjasama yang dimeterai dengan UUM adalah satu pengalaman berharga dalam usaha mengukuhka­n lagi kemahiran penyelidik­an dan pendidikan yang dibangunka­n bersama antara kedua-dua universiti.

Sehubungan itu, katanya, beliau menantikan kerjasama yang lebih besar dan proaktif antara UUM dengan Universiti Monash sama ada dalam bidang akademik atau profesiona­l.

 ??  ?? Ahmad Bashawir (kiri) dan Andrew Walker menandatan­gani MOU antara UUM dengan UUM, semalam.
Ahmad Bashawir (kiri) dan Andrew Walker menandatan­gani MOU antara UUM dengan UUM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia