Berita Harian

Saringan percuma kesan barah payudara

Wanita di lima perumahan DBKL ditawar khidmat secara bulanan

- Oleh Halina Mohd Noor Halina_mdnoor@bh.com.my

Kira-kira 150,000 wanita dari 70 kawasan perumahan awam di sekitar ibu kota berpeluang menerima rawatan saringan secara bulanan sebagai langkah pencegahan awal mengesan barah payudara, mulai tahun depan.

Program itu hasil susulan kejayaan Kempen Kesedaran Barah

Payudara dilaksanak­an Hospital Kuala Lumpur (HKL) Pink October

Week 2018, membabitka­n lima perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Wanita terbabit akan diberi bimbingan penjagaan kesihatan dan maklumat berkaitan bagi meningkatk­an kesedaran mengenai pencegahan kanser payudara.

Pengarah HKL, Dr Heric Corray, berkata program itu membabitka­n semua wanita yang tinggal di kawasan perumahan awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL.

Katanya, inisiatif itu sebagai susulan kejayaan program Kempen Kesedaran Barah Payudara, membabitka­n lima kawasan perumahan DBKL, pada 18 Ogos sehingga 6 Oktober lalu.

“Program itu diadakan dengan kerjasama DBKL, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi berkaitan seperti Majlis Kanser Kebangsaan (MAKNA),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payudara, HKL Pink October 2018, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa HKL Pink October 2018, merangkap Ketua Jabatan Radioterap­i dan Onkologi HKL, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam serta Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Sosioekono­mi, DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Program bakal diperluas

HKL Pink October 2018 bermula pada 18 Ogos lalu itu membabitka­n PA Seri Kedah, PPR Jalan Jelatek, PPR Kg Baru Air Panas, PPR Kerinchi dan PA Seri Kota.

Beliau berkata, program itu akan diperluask­an ke kawasan perkampung­an bandar padat penduduk bagi memastikan semua wanita menjalani saringan terutama yang tidak berkesempa­tan ke hospital.

Katanya, ramai tidak mengambil berat pemeriksaa­n payudara dan hanya ke hospital selepas barah berada tahap tiga atau empat.

Sementara itu, Dr Ros Suzanna berkata, 524 wanita menjalani pemeriksaa­n sepanjang program itu dengan purata usia 40 tahun ke atas, di lima kawasan perumahan terbabit.

“Dianggarka­n 100 wanita setiap perumahan menjalani pemeriksaa­n saringan barah payudara yang dilakukan doktor HKL, manakala ujian mamogram disediakan MAKNA menerusi treler bergerak.

“Daripada 524 wanita, kira-kira 31 orang dirujuk ke hospital kerana disyaki mempunyai ketulan pada payudara yang perlu menjalani pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, hanya satu pertiga wanita sudah diberikan janji temu di HKL untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Mereka yang tidak hadir dipanggil semula untuk memastikan tidak menangguhk­an pemeriksaa­n,” katanya.

Dr Ros Suzanna berkata, HKL Pink October adalah program tahunan 2016, hasil kerjasama empat jabatan iaitu Jabatan Pembedahan (Unit Payudara dan Endokrin); Jabatan Radiologi, Jabatan Patologi, Jabatan Radioterap­i dan Onkologi HKL.

“Pihak kami juga akan mengadakan program sama membabitka­n aktiviti HKL Pink October Outreach, HKL Pink October Week dan

HKL Pink October Zumba, pada 20

Oktober ini,” katanya.

Aktiviti menarik

Selain itu, program akan dimeriahka­n dengan HKL Pink October

Street Carnival, iaitu pelbagai aktiviti termasuk klinik pemeriksaa­n saringan kanser payudara, klinik pemeriksaa­n kesihatan, klinik berhenti merokok, food truck dan aktiviti kanak-kanak.

Ibrahim berkata, pihaknya menyambut baik cadangan menjadikan program pemeriksaa­n payudara sebagai acara bulanan.

“DBKL melihat cadangan itu sebagai usaha murni dan sentiasa menyokong dengan menyediaka­n logistik bertujuan meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap barah payudara.

“Selain mementingk­an kebersihan di PA dan PPR, kami memperting­katkan tahap kesihatan penduduk dan menggalakk­an kakitangan DBKL menjalani pemeriksaa­n ini,” katanya.

Program Kempen Kesedaran Barah Payudara diadakan dengan kerjasama DBKL, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi berkaitan seperti Majlis Kanser Kebangsaan (MAKNA)” Dr Heric Corray, Pengarah HKL

HKL Pink October adalah program tahunan 2016, hasil kerjasama empat jabatan iaitu Jabatan Pembedahan (Unit Payudara dan Endokrin), Jabatan Radiologi, Jabatan Patologi, Jabatan Radioterap­i dan Onkologi HKL” Suzanna Ahmad Bustamam, Pengerusi Jawatankua­sa HKL Pink October 2018

Selain mementingk­an kebersihan di PA dan PPR, kami memperting­katkan tahap kesihatan penduduk dan menggalakk­an kakitangan DBKL menjalani pemeriksaa­n ini” Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Sosioekono­mi, DBKL

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] ?? Sebahagian kakitangan HKL hadir pada pelancaran Kempen Kesedaran Kanser Payudara HKL Pink October 2018 di HKL, semalam.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] Sebahagian kakitangan HKL hadir pada pelancaran Kempen Kesedaran Kanser Payudara HKL Pink October 2018 di HKL, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia