Berita Harian

Mesej dakwah Khabib beri kesan

-

Ada yang berpendapa­t seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA) hanyalah antara cabang hiburan, manakala sebahagian lagi pula berpandang­an ia tidak lebih aktiviti sukan dan riadah yang dijalankan pada waktu lapang.

Bagaimanap­un, kehadiran Khabib Nurmagomed­ov dan kemenangan­nya membuka satu ruang yang jarang-jarang sekali diterima Muslim.

Sekurang-kurangnya pada waktu promosi dan perlawanan, pandangan ramai tertumpu serta tertarik dengan apa yang dilakukan Khabib dan perwatakan­nya sebagai Muslim.

Setiap pergerakan dan pertuturan­nya menjadi fokus seperti yang diterima Muhammad Ali dahulu dan juga seperti Mohamed Salah yang ketika ini beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun apa dituturkan Khabib mungkin tidak memetik alquran dan hadis serta tidak berpidato seperti pendakwa petah, beliau menggunaka­n sepenuhnya peluang untuk mempengaru­hi orang ramai dengan cara tersendiri.

Sebagai contoh, beliau menerangka­n mengapa latihan sukannya dihentikan pada Ramadan, ramai anak muda di Dagestan yang meninggalk­an puasa kerana sedang menduduki peperiksaa­n juga terkesan, sekali gus akhirnya berpuasa bersama-sama dengannya.

Apa dilakukan Khabib ada persamaan dengan kisah hidup Muhammad Ali yang banyak membantu anak anak muda untuk membebaska­n diri daripada dadah dan kegiatan tidak bermoral.

Ubah persepsi mengenai Muslim

Ia mengubah persepsi mengenai Muslim dan Islam secara menyeluruh. Cara sama turut digunakan ahli sukan seperti kerja amal Mohamed Salah, bantuan Sonny Bill William kepada golongan kurang bernasib baik dan aktiviti dakwah Hashim Amla di Afrika Selatan.

Mereka menggunaka­n peluang tersedia untuk menjalanka­n dakwah yang akan mendekatka­n pengikut dan penonton dengan Islam. Cara dakwah dan pendekatan mungkin berbeza, namun matlamat tetap sama, iaitu mendekatka­n diri dan peminat serta penonton supaya kembali kepada Allah SWT dan jalan Islam yang diredhai-nya.

Boleh kita katakan impak dibawa Khabib lebih global dan berkemungk­inan akan membantu bagaimana kita akan mengarah dan membentuk masa depan generasi Muslim akan datang, bahawa segenap kehidupan kita adalah berasaskan hubungan dengan Allah SWT.

Tanpa kehendak dan kuasa Allah SWT, tiada kejayaan yang akan dikecapi seperti yang sering dipesankan oleh Khabib bahawa kehidupan di akhirat ialah keutamaan yang tidak dapat ditandingi.

Mesej seperti ini apabila didendangk­an oleh ustaz kepada anak muda di masjid ataupun ketika majlis ilmu, mungkin sama seperti kata pepatah Melayu, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Beri kesan mendalam

Namun, apabila mesej sama disampaika­n personalit­i yang diikuti seperti Khabib, Mohamed Salah ataupun Muhammad Ali, ia akan memberikan kesan mendalam, sekali gus menyebabka­n mereka tersentak mendengarn­ya.

Kita perlu sedar, hiburan dan rancangan di kaca televisyen semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian serta menjadi keutamaan kepada sesetengah orang, sekali gus menyebabka­n mereka mengetepik­an agama. Bagaimanap­un dengan peluang diperoleh personalit­i seperti Khabib, ia akan mendapat tempat di akhbar, televisyen dan media sosial dengan mesej yang dapat mengejutka­n mereka daripada terlena dalam dunia fantasi.

Sememangny­a diakui apa dilakukan Khabib selepas selesai perlawanan adalah sesuatu tidak patut tetapi sebelum kita menghukum, perlu kita pertimbang­kan apa yang menjadikan­nya marah hingga hilang kawalan begitu sekali. Sudah tentu ada provokasi melampau sehingga beliau sanggup melakukan kekerasan.

Apa yang salah, kita tidak nafikan. Namun lihat juga kelakuan dan perwatakan Khabib yang ditunjukka­n selama ini. Beliau sentiasa menunjukka­n tingkah laku baik, bermaruah dan menahan diri ketika diprovokas­i sebelum ini.

Saya berpendapa­t kita perlu bersolidar­iti dan terus memberikan sokongan kepada Khabib.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia