Berita Harian

MEGHAN MARKLE

Bakal menimang cahaya mata

-

Duchess of Sussex, Meghan Markle, isteri kepada cucu Ratu Elizabeth, Putera Harry, kini dilaporkan hamil, menurut kenyataan Istana Kensington, semalam.

“Yang Mulia Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk mengumumka­n bahawa Duchess of Sussex dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada musim bunga tahun depan,” kata kenyataan sari istana berkenaan.

Pasangan itu berkahwin pada Mei lalu dan kini berada di Australia dalam rangka lawatan pertama mereka ke luar negara sebagai pasangan suami isteri.

Mereka selamat mendarat di Sydney, semalam bagi memulakan siri lawatan ke Pasifik membabitka­n Australia, New Zealand, Fiji dan Tonga.

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu tiba di Sydney yang sedang berada dalam musim sejuk selepas menghabisk­an waktu hujung minggu meraikan perkahwina­n sepupu mereka, Puteri Eugenie bersama seorang saudagar wain.

Lawatan lebih dua minggu itu membabitka­n semua bahagian negara Komanwel yang pernah dijajah Britain.

Masih ketua negara

Ratu Elizabeth II secara teknikal masih ketua negara Australia walaupun dari aspek praktikal, negara berkenaan sudah merdeka dan terdapat sokongan untuk menjadi sebuah republik.

Pasangan diraja itu mungkin akan mengadakan sesi bermain bersama beruang koala, menonton tarian haka oleh tentera dan menghadiri Sukan Invictus, sukan pelbagai acara khusus untuk veteran tentera yang tercedera, bermula 20 Oktober ini.

Keseluruha­n lawatan berkenaan akan menjadi perhatian utama media Britain sepanjang ia berlangsun­g.

Meghan, aktres Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan fotogenik melangsung­kan perkahwina­n bersama cucu Ratu Elizabeth II itu pada Mei lalu dan menjadi perhatian terbaru media termasuk dari luar Britain.

Pasangan diraja itu akan diiringi 10 petugas dan sekumpulan besar media dari akhbar dan stesen televisyen Britain.

Lawatan rasmi mereka bermula, hari ini di Sydney menerusi upacara sambutan oleh Gabenor Jeneral Australia, Peter Cosgrove dan isterinya, Lynne.

AFP

Yang Mulia Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk mengumumka­n bahawa Duchess of Sussex dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada musim bunga tahun depan” Kenyataan Istana Kensington

 ??  ??
 ?? [FOTO EPA] ?? Harry (kiri) dan Markle bakal menimang cahaya mata pada musim bunga ini. Pasangan diraja ini tiba di Sydney, Australia, semalam untuk kunjungan hampir dua minggu ke empat negara Pasifik.
[FOTO EPA] Harry (kiri) dan Markle bakal menimang cahaya mata pada musim bunga ini. Pasangan diraja ini tiba di Sydney, Australia, semalam untuk kunjungan hampir dua minggu ke empat negara Pasifik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia