Berita Harian

Raja Salman arah siasatan dalaman

Riyadh turut pertahan ada lebih 30 cara untuk balas sekatan

-

Raja Salman, semalam mengarahka­n siasatan dalaman dilakukan mengenai kehilangan misteri wartawan negara itu, Jamal Khashoggi, ketika pasukan bersama Turki dan Arab Saudi memeriksa konsulat Arab Saudi di Istanbul, lokasi terakhir beliau dilihat pada 2 Oktober lalu.

Sumber diplomat Turki berkata, penyiasat memeriksa konsulat tengah hari semalam, susulan penangguha­n minggu lalu apabila kedua-dua negara bersetuju bekerjasam­a mencari apa sebenarnya berlaku kepada Khashoggi, pengkritik lantang dasar Riyadh.

“Raja Salman mengarahka­n Pendakwa Raya Awam membuka siasatan dalaman mengenai Khashoggi berdasarka­n maklumat daripada pasukan bersama di Istanbul,” kata pegawai Arab Saudi.

Ditanya sama ada pendakwa raya awam akan membuat pengumuman mengenai siasatan itu, pegawai berkenaan berkata: “Beliau diarahkan bertugas segera.”

Semalam, Arab Saudi menyertai pasukan Turki memeriksa konsulat Arab Saudi di Istanbul sebagai sebahagian siasatan mengenai kehilangan Khashoggi.

Wartawan itu, hilang pada 2 Oktober lalu selepas memasuki misi diplomatik Arab Saudi di Istanbul.

Turki beranggapa­n beliau di- bunuh dan mayatnya dibuang, manakala Arab Saudi menafikan dakwaan itu.

Beri amaran

Sementara itu, Riyadh memberi amaran akan bertindak terhadap sekatan ekonomi dikenakan ke atas negara kaya minyak itu berikutan kehilangan Khashoggi, susulan kejatuhan pasaran saham Riyadh.

Menurut stesen televisyen milik Arab Saudi, Al Arabiya, negara berkenaan memiliki lebih 30 pendekatan yang boleh digunakan bagi memerangi semua sekatan.

Ia termasuk menggunaka­n penjualan minyak dan senjata, pertukaran maklumat antara Riyadh dan Washington dan kemungkina­n perdamaian semula dengan musuh tradisi Iran.

Riyadh turut berikrar untuk menentang sebarang pendekatan berbentuk hukuman yang digunakan ke atas mereka.

“Kami menolak sebarang ancaman atau cubaan untuk melemahkan Riyadh menerusi ugutan sekatan ekonomi atau tekanan politik,” kata sumber kerajaan.

Dalam perkembang­an sama, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Salman bercakap menerusi telefon, petang semalam dan menegaskan kepentinga­n keduadua negara membentuk pasukan kerjasama sebagai sebahagian siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia