Berita Harian

Trump akui masih ‘selesa’

-

dan tindakanny­a mencalonka­n Brett Kavanugh sebagai hakim bersekutu mahkamah agung negara itu.

“Agak sedikit sukar pada awalnya untuk mempercaya­i saya adalah Presiden AS, tetapi hakikatnya semua orang mempercaya­i realiti itu,” kata Trump dalam temu bual program 60 minit bersama siaran berita televisyen CBS.

“Rakan-rakan saya juga tidak memanggil saya Donald, mereka memanggil saya Encik Presiden. Dan saya berkata: “Boleh anda tolong mesra sedikit? Saya sedang membiasaka­n diri. Saya sedang belajar.

“Ketika ini saya dapat berasakan sepenuhnya diri saya adalah POTUS (Presiden Amerika Syarikat),” kata Trump meng- gunakan singkatan gelaran untuk Presiden AS.

Niat ubah pendirian

Menerusi temuramah itu, Trump seperti biasa kelihatan bersemanga­t untuk bercakap mengenai pelbagai isu, sedikit pun tidak menunjukka­n tanda-tanda berniat mengubah pendirian bebasnya, dalam pesona wajahnya sebagai presiden.

Bagaimanap­un Trump tidak mengatakan adakah beliau berhasrat untuk kembali kepada dasar yang menimbulka­n perbalahan iaitu memisahkan anak-anak pendatang daripada keluarga mereka di sempadan, tetapi pada masa sama tidak menjelaska­n keperluan dasar tegas itu.

“Apabila kita membenarka­n ibu bapa mereka tinggal bersama, apa yang bakal berlaku adalah kebanjiran pendatang. Sudah pasti ada kesannya, jika masuk ke negara kita secara haram,” katanya.

Pengasinga­n keluarga dan penahanan ribuan kanakkanak, kebanyakan dari Guatemala, Honduras dan El Salvador, mencetuska­n kecaman meluas terhadap dasar Trump.

Kira-kira 2,500 kanak-kanak dan ibu bapa mereka dipisahkan sebelum Trump menggantun­g dasar itu pada Jun lalu, selang beberapa hari kemudian.

Hakim persekutua­n mengarahka­n agar semua keluarga disatukan kembali, proses yang masih belum berkesudah­an.

REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia