Berita Harian

Kangaru liar serang suami isteri di Australia

-

Sydney: Sepasang suami isteri yang juga penjaga hidupan liar Australia, Jim dan Linda Smith dianggap bertuah masih hidup selepas diserang kangaru liar bahagian di barat laut Queensland.

Pasangan Smith itu dipercayai sedang memberi makan kepada haiwan di kawasan milik mereka di Darling Downs apabila spesies jenis jantan berwarna kelabu secara tiba-tiba bertindak menyerang Jim.

Haiwan itu kemudian menyerang Linda apabila wanita berkenaan lari meminta tolong menyebabka­n paru-parunya bocor, patah tulang rusuk, luka dan tercalar.

“Ia menakutkan. Haiwan itu menendang saya beberapa kali dan apabila ia berjaya menangkap anda, anda dapat melihat apa yang ia lakukan,” kata Jim sambil menunjukka­n kecederaan dialaminya.

Pukul dengan kayu

Media Australia melaporkan, serangan haiwan terbabit hanya terhenti apabila anak lelaki pasangan itu keluar dan memukul kangaru berkenaan menggunaka­n sebatang kayu, menyebabka­n ia melarikan diri ke semak berhampira­n.

Menurut media, Linda Smith dibawa ke Hospital Toowomba untuk menjalani pembedahan segera.

“Jika kangaru itu berterusan mencederak­an beliau, nyawa wanita itu berada dalam bahaya,” kata penyelia kanan operasi Perkhidmat­an Ambulans Queensland, Stephen Johns.

Serangan kangaru liar bukan perkara luar biasa di Australia yang memiliki hampir 45 juta haiwan berkenaan berikutan pertambaha­n kawasan perumahan sehingga mengancam habitat asal marsupial itu. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia