Berita Harian

Sarung tangan ibu bantu Pepperell juara

-

London: Beraksi dalam keadaan hujan lebat, pemain golf dari England, Eddie Pepperell menjuarai British Masters dengan sedikit pertolonga­n daripada ibunya, pagi semalam.

Pepperell merangkul gelaran kedua Jelajah Eropah musim ini selepas menyudahka­n 72 pukulan pada pusingan terakhir yang berlangsun­g dalam keadaan cuaca basah serta berangin.

Dia menamatkan saingan dengan catatan keseluruha­n sembilan bawah par, dua pukulan mengatasi pemain Sweden, Alexander Bjork.

Namun, semuanya berlaku kerana bantuan ibunya yang memberikan dia sepasang sarung tangan ketika pertengaha­n saingan yang menyebabka­n Pepperell mampu untuk bertahan menghadapi keadaan cuaca yang sukar itu.

“Kejayaan melakukan eagle ini perlu diberikan kepada ibu saya, Marian kerana dia memberikan sarung tangan ketika saya berjalan untuk melakukan tee pada lubang ke-10.

Tak lena tidur

“Ia adalah hari yang sukar dalam keadaan cuaca sebegini, saya tidak dapat memukul dengan baik sejak awal dan bukan satu perkara yang diingini.

“Saya tidak dapat tidur dengan nyenyak sepanjang dua hari lalu. Ia adalah sukar untuk tidak memikirkan golf kerana saya mendahului sepanjang minggu.

“Saya memberikan segala yang termampu untuk pertanding­an ini. Saya terpaksa berkerja keras sepanjang masa dan menang di kejohanan ini sangat berbaloi.”

Lucas Herbert dari Australia dan Jordan Smith (England) ketinggala­n dua pukulan, dengan pemain tuan rumah, Justin Rose dengan 70 pukulan untuk menamatkan saingan di kedudukan kelapan dengan tiga bawah par.

 ??  ?? Eddie Pepperell
Eddie Pepperell

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia